Kalkulator Gergasi Pikat Hati Ahmad Izham

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Izham dengan barangan kesukaannya. - Foto ART CHEN
Ahmad Izham dengan barangan kesukaannya. - Foto ART CHEN

MINGGU ini, OopStarz! ingin mengajak pembaca menyingkap barang-barang terpenting dalam hidup pengasas syarikat rakaman Positive Tone dan Monkey Bone iaitu Ahmad Izham Omar. Di kalangan penggiat muzik tanah air, Izham adalah tenaga muda yang membawa perubahan pada arus muzik Malaysia.

Daripada kreativiti dan kelainan yang diketengahkannya, lahirlah nama-nama seperti kumpulan OAG, Innuendo, VE dan Faizal Tahir. Walaupun kini sudah bergelar Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, cinta dan perjuangan Izham terhadap muzik tidak pernah luntur.

Sengaja kami ketengahkan figura belakang tabir pula kali ini bagi menyuntik variasi pada ruangan Zoom! ini. Apakah agaknya 10 barang peribadi yang begitu sentimental bagi bapa berusia 41 tahun ini ya? Jom kita intai.

Koleh ‘The Beatles’

Ini adalah koleksi koleh (mug) kesayangan Izham. Ia cukup sentimental kerana tertera nama dan gambar kumpulan muzik kegemarannya iaitu The Beatles. Koleh ini dipamerkan di ruang pejabatnya kerana memberikan inspirasi. Dia memuja kumpulan itu kerana penghasilan muzik yang hebat dan kreatif.

Keyboard

Keyboard berwarna merah ini dibelinya ketika masih menuntut di Kolej Muzik Berkeley, Amerika Syarikat (AS) pada sekitar 1993 dengan harga RM2,118. Ia bukan saja jenis yang mudah alih tetapi juga disertakan dengan alat kawalan jauh. Izham kata, dia akan nampak sempoi setiap kali menggunakan keyboard itu.

Plak anugerah

Plak anugerah Asia Pacific Entrepreneurship Award 2009 (APEA2009) sangat bermakna kerana diterimanya ketika mula-mula menerajui penubuhan stesen televisyen, 8TV. Izham terima aungerah itu atas kecemerlangannya kerana kewujudan 8TV membawa impak pada dunia penyiaran tanah air.

Kalkulator

Kalkulator gergasi berjenama Brookstone ini dibeli oleh Izham ketika berkunjung ke AS tiga tahun lalu. Dia terpikat dengan kalkulator itu bukan kerana fungsinya sangat tetapi saiznya yang besar dan nampak comel. Ke mana pergi, Izham pasti bawa kalkulator ini untuk melakukan kerja kira-kira.

Buku nota

Kata Izham, buku nota berwarna merah ini memainkan peranan terpenting dalam hidupnya. Buku berjenama Woodstock itu dibelinya pada 2009. Kalau hendak tahu, dalam buku ini bukan saja ada catatan perasaan dan pandangan Izham tentang sesuatu perkara. Yang lebih penting lagi, dia juga mencatatkan perancangan stesen televisyen di bawah MPB. Buku ini mengandungi pelbagai rahsia dan perancangan syarikat. Pendek kata, kalau buku ini hilang, memang menangislah dibuatnya!

Telefon bimbit

Izham memiliki dua telefon bimbit daripada jenama Blackberry dan iPhone bukan sebab suka-suka tau. Kedua-duanya ada peranan masing-masing. Kalau dia bosan dan berasa ingin bermain permainan dalam telefon, iPhone menjadi pilihannya. Dia kini sedang asyik dengan permainan Angry Birds di dalam telefon itu. Blackberry pula lebih berfungsi untuk kerja seperti e-mel, Twitter dan berkomunikasi.

Plak platinum

Plak ini sangat sentimental kerana ia membuktikan kejayaannya dalam bidang muzik. Anugerah platinum ini diterimanya bersempena jualan album kumpulan Innuendo yang diasaskannya menerusi label Postivie Tone sepuluh tahun lalu.

Bingkai gambar

Kenapa Izham suka dan sayang bingkai gambar ini kerana ia adalah gambar yang dirakam pada hari perasmian stesen televisyen 8TV pada 8 Januari 2004. Walaupun gambar Izham sedikit tersorok di belakang, tetapi rakaman gambar ini cukup bermakna buatnya.

Bingkai lukisan

Bingkai ‘lukisan satu garisan’ ini cukup istimewa di hatinya. Sudah bertahun-tahun Izham simpan bingkai lukisan pemberian ibunya itu yang dibeli di Greenwich Village, New York, AS. Lukisannya unik kerana gambar yang dilihat dalam bingkai ini sebenarnya dihasilkan daripada satu garisan sahaja.

Poster filem Nacho Libre

Izham menyimpan dan menggantung poster ini di mana sahaja dia bekerja. Dia suka poster filem ini kerana mencuit hati setiap kali memandangnya. Kebetulan pula, Nacho Libre lakonan Jack Black itu adalah filem komedi kegemarannya. Walaupun gambar dalam poster itu nampak bodoh tapi melucukannya. Setiap kali melihat poster itu, dia akan terfikir untuk membikin filem sebegitu pada masa akan datang.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan