Laika pelajar AF9 Pertama Tersingkir

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laika (gambar) terpaksa melupakan hasrat untuk merebut gelaran juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) apabila menjadi peserta pertama yang tersingkir daripada program realiti popular itu.

Pengumuman penyingkiran Laika atau nama sebenarnya, Zulaika Zuhairi, 23, itu dilakukan oleh hos, Aznil Nawawi setelah mendapat undian terendah iaitu 6.33 peratus daripada peminat dan penonton.

Dalam konsert mingguan kedua yang diadakan di Studio 1, Astro, Bukit Jalil itu, Sabtu.

Laika yang membawakan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslow telah memberikan persembahan yang tidak mengecewakan.

Dengan penyingkiran itu, secara tidak langsung telah memberi peluang kepada 11 orang pelajar lain untuk bergelar juara AF9.

Mereka yang masih meneruskan perjuangan adalah Azri, Kairul, Kay, Amir, Afif, Raqib, Lena, Eka, Aida, Nera dan Miza.

Dua personaliti terkenal iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Hattan telah diberi mandat sebagai pengkritik tetap untuk musim ini.

Manakala, penyanyi Adibah Nor bertanggungjawab sebagai pengkritik jemputan pada malam itu.

Sementara itu, pengetua AF9, Amy Search, menganggap persembahan pada malam tersebut menepati jangkawannya.

"Persembahan pada malam ini seperti yang saya harapkan, bagaimanapun pelajar-pelajar ini perlu masa untuk dididik dengan banyak lagi ilmu.

"Kita hanya ada masa yang singkat untuk ajar mereka semua pekara dan mereka perlu cepat untuk memahami dan praktikkannya.

"Malam ini, saya nampak seorang lagi pelajar yang boleh digilap bakatnya iaitu Afif yang membawa lagu Cinta Kristal dengan baik," ujarnya pada sidang media sejurus selesai konsert AF9.

Manakala, Laika berkata dia telah menjangkakan bakal tersingkir berikutan undian terendah yang diterima sebelum konsert berlangsung.

"Saya dah jangka sebab undian saya paling rendah, tapi saya agak berpuas hati dengan persembahan saya pada malam ini.

"Saya sudah buat yang terbaik tetapi rezeki tidak memihak kepada saya, insya-Allah saya akan teruskan perjalanan saya dalam bidang ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan