Konsert Cinta Kedamaian Mampu Lahir Generasi Bertamadun Dalam Seni

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Persembahan Konsert Jelajah Koir Kebangsaan Institut Pengajian Tinggi Awam
Persembahan Konsert Jelajah Koir Kebangsaan Institut Pengajian Tinggi Awam "Cintakan Kedamaian" 2011. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerjasama di antara kementerian itu dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) di dalam Konsert Jelajah Koir Kebangsaan adalah penting ke arah melahirkan generasi bertamadun dalam seni dan kebudayaan.

Beliau berkata konsert seumpama itu yang merupakan hasil kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan UiTM dapat membawa pentas penilaian terhadap budi bahasa dan nilai murni yang seharusnya ditanam dalam semangat dan perjuangan hidup generasi muda.

Beliau berkata demikian dalam rakaman montaj perutusannya sempena perasmian Konsert Jelajah Koir Kebangsaan IPTA "Cintakan Kedamaian" di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM di sini malam Sabtu.

Pelancaran konsert itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf bersama-sama Penolong Naib Canselor UiTM Prof Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman dan Ketua Pengarah JKKN Datuk Norliza Rofli.

Konsert di UiTM itu adalah yang pertama dalam siri jelajah Koir Kebangsaan di institusi pengajian tinggi yang bertemakan "Cintakan Kedamaian" pada tahun ini di Lembah Klang.

Koir Kebangsaan akan membuat persembahan berikutnya di Universiti Malaya pada 7 Mei diikuti Universiti Kebangsaan Malaysia pada 13 Mei.

Koir Kebangsaan ditubuhkan pada 1991 kementerian dan dikendalikan oleh JKKN sejak 2004.

Koir Kebangsaan ini dianggotai seramai 27 orang yang dipimpin oleh Konduktor Amri Zane di bawah bimbingan penyanyi Syafinaz Selamat dan Tunku Marina Tunku Datuk Zubir sebagai Pengarah Koir. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan