Komen Artis Mengenai Pereka Fesyen Tempatan

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pereka fesyen bertaraf lima bintang. Dari kiri: Nik Erwan, Ruzaini, Zery, Rizman dan Hazwani. - Foto SHAARI CHE MAT
Barisan pereka fesyen bertaraf lima bintang. Dari kiri: Nik Erwan, Ruzaini, Zery, Rizman dan Hazwani. - Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Pereka fesyen dan artis saling perlu memerlukan. Salah seorang pereka fesyen bertaraf lima bintang, Nik Erwan Roseli tidak menafikan selebriti penting untuk memberikan publisiti kepada pakaian yang diperagakan sekali gus pereka fesyen itu sendiri.

Nik dan rakan-rakannya yang tergolong sebagai pereka fesyen lima bintang iaitu Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Zery Zamry dan Hazwani Osman mempunyai kekuatan dan mencipta pakaian yang berbeza-beza.

Nik selesa menghasilkan pakaian berkonsepkan kasual untuk artis terkenal seperti Faezah Elai, BK Nair, Sharifah Aleya dan Amar Baharin.

Sementara Rizman Ruzaini banyak menghasilkan pakaian bertemakan klasik, elegan tetapi bergaya untuk Datuk Siti Nurhaliza, Alyah, Liyana Jasmay, Shahir dan Adira.

Hatta Dolmat tampil dengan rekaan pakaian yang tampak kemas seperti yang pernah diperagakan oleh Ning Baizura, Juliana Evans, Irma Hasmie, Marsha dan Aznil Nawawi.

Berkonsepkan seksi dan glamor, Zery memilih artis yang sesuai untuk memperagakan pakaiannya seperti Dynaz, Natasha Hudson dan Siti Saleha.

Hazwani lebih menonjol dengan pakaian berkonsepkan feminisme dan romantik dan memilih artis seperti Adira, Stacy, Faizal Tahir, Zizan dan 6ixth Sense untuk menggayakan pakaian rekaannya.

Apa kata artis yang pernah memperagakan pakaian mereka?

Shahir

“Saya sangat teruja dapat memakai sut rekaan Rizman Ruzaini berkonsepkan ‘urban Korean’. Saya berharap mereka tidak menyesal untuk memilih saya untuk memakai pakaian mereka lagi selepas ini.”

Faezah Elai

“Saya rasa pereka fesyen sangat penting kepada selebriti lebih-lebih lagi di saat-saat memikirkan pakaian apa yang sesuai untuk dipakai di sesuatu majlis.

“Kadangkala kita tidak mempunyai masa untuk mencari pakaian yang sesuai. Setakat ini, saya selesa memakai pakaian rekaan Nik Erwan, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini.”

Stacy

“Saya sangat gembira mengenakan pakaian rekaan Hazwani kerana siapa yang tidak mahu bergaya cantik.”

Alyah

“Rizman Ruzaini selalu menghasilkan pakaian untuk saya sejak dua tahun lalu. Seperti biasa, mereka lebih faham kehendak fesyen saya iaitu sesuatu yang berani dan menampakkan bentuk badan. Saya tidak terlalu kisah tentang warna pakaian.”

Datuk Siti Nurhaliza

“Kebanyakan pereka fesyen tempatan mempamerkan rekaan-rekaan terbaik dan ada di antara mereka menghasilkan pakaian tercantik. Saya berharap mereka menjadi pereka fesyen terbaik di dalam dan luar negara.”

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan