Bidang Lakonan Bantu Shahir Hayati Nyanyian

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahir memperagakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini di acara karpet merah ABP 2010. - Foto SHAARI CHE MAT
Shahir memperagakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini di acara karpet merah ABP 2010. - Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Shahir merasakan bidang lakonan banyak membantunya untuk menghayati nyanyian sesebuah lagu itu.

Lebih-lebih lagi penghayatan itu diperlukan ketika membikin klip video.

Juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) ini akui sejak berlakon dalam filem Karak, rindunya untuk berlakon lagi semakin kuat dalam hati.

“Saya sedar bahawa saya berasal sebagai bintang realiti nyanyian. Apabila saya cuba menyelami diri sebagai pelakon, ia sedikit sebanyak membantu saya untuk menghayati lagu.

“Selepas ini, saya dijangka akan berlakon dalam sebuah telefilem yang masih dalam perbincangan dengan pihak Astro,” kata Shahir yang menantikan kemunculan filem Karak di pawagam bermula 26 Mei ini.

Selain bergelar penyanyi dan pelakon, anak jati Perak ini turut melibatkan diri dalam bidang gubahan lagu dan lirik.

Terbaru, Shahir sedang mencipta lagu dan lirik berentak pop rock. Dia juga menulis lirik lagu yang ditujukan khas buat ibu.

Beralih kepada album sulungnya, penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini telah merakamkan lima buah lagu yang mempunyai kekuatan berlainan dengan sentuhan daripada komposer terkenal seperti Sham (Kamikaze), Audi Mok dan Edry Abdul Halim.

“Kalau boleh saya nak cepat terbitkan album ini tetapi sehingga sekarang masih menunggu masa yang sesuai.

“Jadi, saya mengeluarkan lagu single satu persatu. Sekarang ini, single Luar Biasa sedang diputarkan di radio,” ujarnya.

Mengulas sedikit tentang kejayaannya dipilih sebagai Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010, Shahir yang pada mulanya tidak menjangkakan kemenangan tersebut amat berterima kasih kerana peminat masih menyokongnya dari belakang.

“Saya rasa bertuah kerana peminat masih kuat menyokong saya. Sokongan mereka memberikan saya semangat yang kuat untuk kembali semula dalam industri selepas menyepi seketika sebelum ini.

“Industri seni kita sangat kecil dan peminat sendiri yang akan menaikkan seseorang artis itu.

"Sebolehnya saya tidak mahu naik disebabkan kontroversi,” komennya yang kalah kepada Faizal Tahir bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan