Finas Tiada Kuasa Larang Penerbit Buat Gimik Kutipan Filem - Berita Hiburan | mStar

Finas Tiada Kuasa Larang Penerbit Buat Gimik Kutipan Filem

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd. Mahyidin
Mohd. Mahyidin

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tidak mempunyai kuasa untuk melarang mana-mana produser di negara ini yang ingin menghebahkan jumlah kutipan sesebuah filem mereka walaupun ia mencetuskan kekeliruan orang ramai.

Ketua Pengarahnya, Mohd. Mahyidin Mustakim berkata, seseorang produser itu berhak membuat gimik mengenai jumlah kutipan filem mereka tetapi apa yang direkodkan oleh pihak Finas berdasarkan kepada kutipan yang diperoleh daripada pawagam yang berdaftar dengan Skim Wajib Tayang.

"Sebagai sebuah badan kerajaan, kami memberikan maklumat yang sahih berdasarkan data yang diberikan oleh pihak pawagam.

"Cuma beberapa kekeliruan berlaku apabila seseorang penerbit itu mengumumkan jumlah kutipan yang berbeza dengan maklumat yang pihak kami berikan.

"Ini kerana selain pawagam-pawagam yang berdaftar, pihak penerbit juga biasanya menjual filem-filem mereka kepada pawagam-pawagam yang tidak berdaftar dengan Skim Wajib Tayang.

"Disebabkan perkara itu kutipan yang direkodkan oleh Finas dengan jumlah yang diumumkan penerbit selalunya berbeza," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Mahyidin diminta mengulas tindakan sesetengah penerbit filem yang mempertikaikan data kutipan yang dikeluarkan Finas kononnya ia bukanlah satu angka sebenar.

Ujarnya lagi, pihak Finas juga tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak media tentang jumlah kutipan bagi sesebuah filem kerana ia mungkin akan bercanggah dengan kenyataan yang diberikan oleh pihak penerbit.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan