'Lat Kampung Boy' Pecah Rekod 30,000 Penonton

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu bebak dalam Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal
Salah satu bebak dalam Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal

KUALA LUMPUR: Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal inspirasi kisah Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 16 Mac hingga 5 April lalu berjaya memecahkan rekod penonton teramai iaitu berjumlah lebih 30 ribu.

Menurut Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, angka tersebut sekali gus mengatasi rekod yang dipegang oleh Puteri Gunung Ledang.

"LKBSM telah memecahkan rekod penonton teramai iaitu lebih 30 ribu penonton yang datang sepanjang 21 persembahan yang dilakukan.

"Sebelum ini ia dipegang oleh teater Puteri gunung Ledang iaitu sebanyak 24 ribu penonton dalam 18 persembahan yang dibuat.

"Kiraan ini berdasarkan pementasan kali pertama setiap teater yang dipentaskan di Istana Budaya," ujarnya ketika ditemui di sidang media Badai Semalam, di sini, Rabu.

Jelas Juhari, LKBSM tersenarai antara teater yang mempunyai jenama yang kuat selain Puteri Gunung Ledang, Teater Muzikal P.Ramlee, Teater Muzikal Tun Mahathir dan Cuci The Musical.

"LKBSM kini menjadi salah sebuah teater yang mempunyai jenama yang kuat untuk di pentaskan di Istana Budaya selain teater-teater yang telah dipentaskan beberapa kali.

"Apa yang kita lihat ia bukan sahaja berdasarkan kepada promosi yang dibuat, kerana promosi PGL lebih hebat dari LKBSM, tetapi penceritaan dari mulut ke mulut iaitu daripada mereka yang telah menonton terlebih dahulu," katanya.

Selain itu, Juhari tidak menyangkal populariti Lat sendiri membuatkan ramai penonton yang ingin menyaksikan perjalanan hidupnya dipentaskan.

"Teater ini mempunyai kelebihan kerana Datuk Lat sendiri antara nama besar yang dikenali, mempunyai ramai peminat dan apa yang saya perhatikan setiap teater yang mendapat sambutan merupakan teater tentang kisah kehidupan.

"Contohnya, P.Ramlee, Puteri Gunung Ledang, Tun Mahathir dan Lat, saya percaya ramai yang datang ingin melihat sendiri perjalanan kisah itu," katanya.

Bagaimanapun, menurut Juhari pementasan kedua tidak akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

"LKBSM mungkin akan dipentaskan untuk kali kedua tapi bukanlah dalam masa terdekat atau setahun ini, mungkin ia akan dipentaskan semula pada 2013.

"Saya tidak mahu ia jadi seperti teater Tun Mahathir yang dipentaskan dalam jangka masa terdekat, akibatnya ia kurang mendapat sambutan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan