Farid Kamil Berlakon Teater 'Badai Semalam'

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farid Kamil
Farid Kamil

KUALA LUMPUR: Istana Budaya bakal mementaskan teater yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Khadijah Hashim berjudul Badai Semalam pada 15 hingga 25 Jun ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Menurut Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, teater itu dipilih kerana naskhah tersebut menceritakan kekuatan seorang wanita yang keluar daripada kepompong wanita ketika itu.

"Naskhah ini sangat menarik kerana dia menceritakan bagaimana kekuatan seorang wanita yang melawan arus pada zaman mereka.

"Selain itu jalan cerita Badai Semalam ini juga sangat kuat yang dijangka mampu menarik ramai penonton datang untuk menyaksikannya," kata Mohamed Juhari pada sidang media Badai Semalam di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Juhari berkata teater romantik ini diharap mampu menarik golongan remaja untuk menonton.

"Kita mahu Istana Budaya bukan sahaja dikunjungi oleh golongan tertentu sahaja, kita sedang berusaha untuk menarik golongan muda remaja untuk datang menonton.

"Oleh itu, teater bersifat romantik seperti ini menjadi sandaran untuk menarik golongan remaja ke Istana Budaya. Kita juga akan membuat promosi dengan memberi tiket istimewa kepada pelajar sekolah," katanya.

Bagaimanapun, kata Mohamed Juhari, pemilihan pelakon masih lagi dibuat berikutan beberapa nama yang dicadangkan menolak tawaran tersebut kerana mempunyai komitmen lain.

"Beberapa nama seperti Erra Fazira dan Lisa Surihani telah dicadangkan untuk memainkan watak utama iaitu watak Mazni tetapi mereka tidak dapat menerimanya kerana mempunyai komitmen lain.

"Kami dalam proses untuk mencari pelakon wanita lain yang sesuai dengan watak ini, tapi bagi watak hero, pelakon Farid Kamil telah menyatakan persetujuannya untuk memegang watak Karim," katanya.

Teater yang diterbitkan pada awal 80-an ini mengisahkan seorang wanita bernama Mazni yang merupakan anak pembantu rumah yang mempunyai cita-cita tinggi.

Mazni tidak mahu mengikut perjalanan seperti wanita biasa yang berkahwin dan mengikut suami, dia mengejar cita-citanya sehingga mengabaikan cinta dan keluarganya.

Teater ini akan diarahkan oleh pengarah muda, Khairunazwan Rodzi dan skip ditulis oleh Rahimidi Zahari.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan