Lisa Surihani Bangga Kejayaan Shaheizy Sam

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lisa dan Sam sama-sama memenangi gelaran Pelakon Filem Popular. - Foto SHAARI CHE MAT
Lisa dan Sam sama-sama memenangi gelaran Pelakon Filem Popular. - Foto SHAARI CHE MAT

GENTING HIGHLANDS: Pelakon Lisa Surihani menumpang rasa bangganya dengan kejayaan pelakon Shaheizy Sam yang dipilih sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010, Ahad lalu.

Lisa yang turut merangkul gelaran Pelakon Filem Wanita Terbaik pada majlis tersebut memuji setiap lakonan lelaki yang dikenali sebagai Sam itu lebih-lebih lagi apabila mereka berpeluang berlakon bersama-sama.

“Saya rasa bangga dengan Sam kerana dia telah berlakon sejak berusia tujuh tahun dan baru sekarang memenangi gelaran Artis Paling Popular,” katanya ketika ditemubual di Arena of Stars, di sini.

Berkongsi perasaan tentang kemenangan tersebut, pelakon filem Legenda Budak Setan dan I’m Not Single ini tidak mahu terlalu bermegah walaupun baru pertama kali menerima gelaran tersebut.

“Saya tak rasa diri lebih popular atau hebat selepas memenangi anugerah ini sebaliknya menganggap kemenangan ini sebagai bukti ada orang yang mengingati saya.

“Alhamdulillah, semuanya berkat lakonan saya menerusi filem. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pierre Andre kerana mengambil saya berlakon filem I’m Not Single.

“Saya rasa sejak dari filem tersebut, diri saya semakin dikenali ramai,” katanya yang aktif berlakon sehingga mencecah 13 buah filem bermula tahun 2010.

Dalam masa yang sama, dia tidak menyangka namanya turut tersenarai antara calon Pelakon Televisyen Wanita Popular memandangkan dia lebih banyak berlakon filem berbanding drama televisyen sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun anugerah tersebut dimenangi oleh pelakon Fasha Sandha.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan