'Konsert Opera Hidup' Di Lanjutkan Kerana Kumpulan Herley-Davidson

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wings
Wings

PETALING JAYA: Legenda rock Malaysia, Wings bakal melanjutkan persembahan Konsert Wing Opera Hidup bagi memberi sebuah persembahan eksklusif untuk kumpulan Harley-Davidson Kuala Lumpur dan Syarikat Kumpulan Naza.

Konsert Wing Opera Hidup yang akan bermula pada 29 April hingga sepatutnya berakhir pada 1 Mei dilanjutkan kepada 2 Mei.

Pada malam terakhir itu, ia akan dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat dari Syarikat Kumpulan Naza, rakan niaga dan ahli-ahli kelab Herley-Davidson dari dalam dan luar negeri.

Menurut Vokalisnya Awie, pada malam tersebut mereka akan membuat persembahan dengan diiringi beberapa motosikal berkuasa besar yang dibawa khas hanya pada malam tersebut.

"Saya bersyukur kerana diberi penghormatan sebegini dan disokong oleh Harley-Davidson Kuala Lumpur dan Syarikat Kumpulan Naza.

"Apa yang lebih istimewa, penonton yang datang pada malam tersebut adalah kebanyakan ahli kelab Herley-Davidson dari dalam dan luar negara.

"Sebelum ini, pihak Harley Davidson pernah menaja saya seorang semasa menjalani program jelajah satu Malaysia selama empat hari," katanya.

Selain itu, Awie yang juga ahli Harley Davidson berkata pertunjukan beberapa buah kereta Ferrari akan diadakan di perkarangan Istana Budaya sepanjang konsert itu berlangsung.

Bercerita tentang konsert berkenaan, ia akan terbahagi kepada dua persembahan dalam sehari.

Mereka akan mendendangkan kurang dari 20 buah lagu rock popular yang menjadi siulan sejak tahun 80-an hingga sekarang.

Persembahan pada pukul 3 petang itu turut akan menampilkan gabungan Wings dan Superfriends berkonsepkan semi-akustik dengan susunan muzik terbaru pada 30 April dan 1 Mei.

Sementara persembahan bermula pukul 8.30 malam menampilkan orkestra melibatkan kumpulan Wings sahaja.

Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245 dan RM305 boleh didapati di www.ticket2u.biz

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan