ABP 2010 : Noorkhiriah Jangka Tewas

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khiriah dan suami ketika menghadiri Anugerah Skrin baru-baru ini.
Khiriah dan suami ketika menghadiri Anugerah Skrin baru-baru ini.

PETALING JAYA: Pelakon Noorkhiriah yang buat kali ketiga berturut-turut dipilih sebagai Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) mengucap rasa syukur kerana masih dihargai peminat.

Ibu kepada dua anak ini bagaimanapun tidak dapat meraikan kemenangannya itu pada malam ABP 2010 di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu kerana sedang berpantang.

Noorkhiriah baru sahaja melahirkan anak kedua bernama Muhammad Yusoff yang berusia 24 hari.

“Tahun ini saya ingatkan tidak menang kerana saya langsung tidak menyertai siri jelajah ABP yang dianjurkan kerana usia kandungan sudah mencecah lapan bulan.

“Saya juga merasakan rezeki mungkin berpihak kepada artis lain memandangkan persaingan saya sangat kuat.

“Bagaimanapun, saya menganggap kemenangan ini sebagai rezeki kepada anak-anak kerana selama 10 tahun berkecimpung dalam industri ini, hanya dalam tempoh lebih setahun lalu baru saya diiktiraf selepas mempunyai anak,” katanya ketika dihubungi mStar OnlineIsnin.

Lantas dalam nada seloroh, pelakon drama Antara Garisan ini berkata: “Apakah saya perlu mengandung lagi untuk mendapat lebih banyak anugerah?”

Biarpun sudah tiga kali menerima anugerah yang sama, Khiriah dengan merendah diri menganggap dirinya belum dikenali ramai.

“Saya rasa sedih bercampur gembira kerana tidak menyangka mempunyai ramai peminat. Alhamdulillah, walaupun sekarang ini saya kurang melakonkan watak komedi, mereka masih mengiktiraf lakonan saya.

“Ikutkan, saya bukanlah seorang yang terlalu kelakar tetapi saya akui seorang yang spontan dan lurus,” ujarnya lagi.

Khiriah pernah muncul di kaca televisyen menerusi sitkom komedi Simpang 3, Senario dan Oh Yeah!.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan