Sabrina Ali Sahkan Kahwin Amirul Awal Tahun

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sabrina dan Syed Amir ketika ditemui di tayangan media filem Khurafat.
Sabrina dan Syed Amir ketika ditemui di tayangan media filem Khurafat.

PETALING JAYA: Pelakon Sabrina Ali, 31, mengesahkan sudah berumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada awal tahun ini.

Sabrina yang dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung pernikahan tersebut.

"Dah nikah awal tahun 2011 ni," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan kepada mStar Online.

Sumber memberitahu Sabrina bernikah dengan Syed Amirul Syed Ahmad berusia 29 tahun dalam satu majlis tertutup.

Bagaimanapun tidak diketahui mengapa dia enggan menghebahkan pernikahan berkenaan.

Sebaliknya kata Sabrina, dia tidak bersedia untuk mengulas mengenai desas-desus yang diperkatakan.

Sementara itu sumber turut memberitahu pelakon Khurafat tersebut sudah mengandung dua bulan.

Dalam sebuah sesi fotografi bersama Mingguan mStar beberapa bulan lalu, Sabrina pernah memberitahu sedang bercinta dengan jejaka yang berasal dari Raub Pahang.

Malah dia turut menyatakan kesediaannya untuk berkahwin tahun ini.

“Saya mengenalinya pada satu majlis hari jadi kakak angkat saya dan setakat ini, kami serasi bersama. Dia juga menerima anak saya, Ariyana, seadanya,” ujar Sabrina dalam pertemuan itu tidak lama dulu.

Sebelum ini, Sabrina Ali pernah mendirikan rumah tangga dengan Shahrin Mohd Abdul Halim pada Mei, 2006 dan berpisah pada pertengahan 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ariyana.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan