Gandingan Luar Biasa Rudy & Jeremy

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi lucu Rudy (kanan) dan Jeremy. - Foto RAYMOND OOI
Aksi lucu Rudy (kanan) dan Jeremy. - Foto RAYMOND OOI

GURAU senda dan telatah dua jejaka ini menghidupkan suasana pagi. Bagi pendengar setia stesen radio Red FM, permulaan hari pasti tercuit dengan kepetahan dan ‘kegilaan’ Rudy dan Jeremy dalam segmen Red FM Breakfast Show yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 hingga 10 pagi.

Namun, di sebalik keceriaan yang dihidangkan kepada pendengar, mungkin ramai yang tidak tahu tekanan dan pengorbanan yang perlu ditangani oleh mereka.

Akui Rudy atau nama sebenarnya Harun Sharudin Sufian, seperti manusia lain mereka juga tidak lekang daripada pelbagai masalah atau isu peribadi tetapi semua itu perlu disembunyikan apabila mula bertugas.

“Kami bukannya robot atau mesin. Kami juga manusia biasa yang turut merasai pelbagai perasaan setiap hari. Ada harinya kami sangat penat, malas, mengantuk atau tiada motivasi untuk bekerja.

“Namun, itulah pengorbanan yang perlu dilakukan demi tugas ini. Penat atau mengantuk kena letak ke tepi kerana apa yang penting apabila tepat pukul 6 pagi, kami perlu menceriakan pagi hari pendengar,” kongsinya.

Jeremy kemudiannya mencelah: “Bukan mudah untuk menghiburkan pendengar. Kami bukan saja perlu bersedia dengan “mood” yang positif, malah paling penting pengisian yang bagaimana hendak dikongsi.

“Setiap saat yang berdetik dalam tempoh empat jam ke udara itu mesti diisi dengan celoteh dan pengisian yang menghiburkan dan bermanfaat.”

Mendengarkan luahan itu, mereka lantas ditanya apakah berbaloi pengorbanan yang ditaburkan demi kerjaya sebagai penyampai radio?

Secara spontan Rudy menjawab: “Semuanya terbayar apabila saya mendapat kata-kata perangsang dan sokongan daripada pendengar.

“Jika ada seorang pendengar pun yang berterima kasih kerana menghiburkan permulaan harinya, itu adalah ganjaran dan kepuasan terbesar yang dapat membayar pengorbanan kami berjaga awal pagi.”

Mengenai kekuatan mereka yang terbina dalam tempoh singkat, Jeremy berkata: “Kami mengamalkan dasar keseimbangan dalam komunikasi ketika bertugas.

“Memandangkan kami begitu hiperaktif dan Rudy bertutur dengan laju, jadi saya perlu tahu mengimbangi keadaan itu supaya tidak kedengaran terlalu huru-hara di udara.”

Kini, selepas lebih tiga bulan beradu suara di udara, Rudy dan Jeremy percaya gandingan mereka bukan saja mampu untuk menarik lebih ramai pendengar tetapi turut berpotensi untuk bergelar nombor satu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan