Fazli Zainal Simpan Hadiah Peminat

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Minggu ini, Zoom!!! memaparkan pula beberapa koleksi barang-barang peribadi milik penyanyi berusia 34 tahun ini. - Foto RAYMOND OOI
Minggu ini, Zoom!!! memaparkan pula beberapa koleksi barang-barang peribadi milik penyanyi berusia 34 tahun ini. - Foto RAYMOND OOI

SUDAH lama tidak mendengar khabar penyanyi yang pernah popular dengan lagu Harapan, Fazli Zainal.

Bagaimanapun tahun ini, Fazli memulakan langkahnya semula dengan kemunculan tiga buah single terbaru berjudul Suara Hati, Kalbu dan Ratapan Syawal.

Menarik lagi, bagi sesiapa yang merindui kelunakan suara Fazli, penyanyi ini bakal beraksi pada majlis Minggu Setiausaha di Kababish Restaurant, Hotel Starpoints Kuala Lumpur bermula pada 20 hingga 21 April depan.

Minggu ini, Zoom!!! memaparkan pula beberapa koleksi barang-barang peribadi milik penyanyi berusia 34 tahun ini.

Kata Fazli, dia merupakan seorang yang suka menyimpan barang-barang lama walaupun tidak digunakan lagi.

“Saya ini macam “pakcik-pakcik” sikit, suka simpan barang dan sayang nak buang walaupun benda tersebut dah rosak sehinggakan penuh stor saya dibuatnya.

“Kalau nak tahu, menyimpan barang-barang lama adalah satu perkara yang menyeronokkan. Yelah, apabila diselongkar balik, kenangan bagi setiap barang yang dilihat itu akan membuatkan kita tersenyum sendirian kerana ia sedikit-sebanyak mempunyai memori indah mengenainya.

“Tambah pula, kebanyakan barang-barang tersebut hadiah pemberian peminat. Sudah semestinya saya tak akan buang. Sebaliknya, ada beberapa barang yang saya jadikan sebagai hiasan rumah,” selorohnya.

Ujar penyanyi ini lagi, koleksi barangan yang dipaparkan ini hanya suku daripada simpanannya kerana dia memiliki banyak lagi koleksi yang tidak mampu dibawa untuk ditunjukkan kepada umum.

Patung

Ia diberi oleh peminat-peminatnya. Dek kerana terlalu banyak patung, Fazli menyimpan beberapa patung di sebuah sudut dan selebihnya disimpan di dalam kotak khas.

Gambar bersama Ziana Zain

Ziana Zain merupakan penyanyi kegilaan Fazli sehingga kini. Foto ini diambil pada tahun 1996. Wajah Fazli dalam foto ini jauh berbeza berbanding sekarang. Maklumlah, muka baru lepas habis sekolah.

Gambar bersama Raja Perlis

Kata Fazli, foto yang diambil bersama Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada tahun 2004 ini amat bermakna buatnya kerana ia diambil pada sebuah majlis tertutup dimana Raja Perlis memanggilnya ke istana untuk membuat persembahan.

Kontrak artis rakaman BMG Music

Walaupun sudah tidak ada kaitan dengan syarikat rakaman BMG Music, Fazli masih lagi menyimpan kontrak yang ditandatanganinya untuk menjadi penyanyi rakaman selepas penyertaannya dalam program Malaysian Idol.

Buku dan fail lirik

Inilah hasil simpanan lirik pelbagai jenis lagu yang ditulis sepanjang tujuh tahun menyanyi di kelab malam, pub dan hotel bersama kumpulannya, Take 5, sebelum menjadi selebriti. Dah 14 tahun rupanya kewujudan buku tersebut sampai tercabut bahagian kulit depan. Kata Fazli, sehingga kini, dia masih merujuk buku itu jika terlupa lirik lagu yang ingin dinyanyikan.

Cakera padat (CD)

Fazli juga gemar menyimpan koleksi lagu-lagu daripada penyanyi yang pernah popular zaman 90-an. Seboleh-bolehnya dia ingin mendapatkan tandatangan penyanyi itu untuk dijadikan sebagai koleksi dan kenangan.

Surat

Kata Fazli, dia tidak akan buang surat-surat peminatnya walaupun sudah bertahun-tahun lamanya. Bagus juga apa yang dibuat Fazli kerana pada zaman sekarang ini, peminat dah tak pakai surat-surat, tetapi lebih kepada Facebook dan Twitter.

Kad Hari Raya

Ketika di awal kemunculannya sebagai artis, Fazli siap membuat kad Hari Raya khas untuk diberikan kepada peminat-peminatnya dan ini merupakan kad pertama yang dikeluarkan pada tahun 2006. Semuanya kerana dia tidak mampu untuk membalas setiap surat dan kad Hari Raya yang diberikan hampir setiap hari.

Komputer Riba

Huh? Ada ke jenama komputer riba Hyundai? pelik bukan? Komputer itu dibeli ketika Fazli masih lagi belajar di sebuah kolej dengan harga murah yang ditawarkan oleh pengurus peribadinya. Agak berat komputer riba ini, tetapi kata Fazli ia banyak berjasa kepadanya kerena dia boleh mencari lirik lagu dan merakam lagu-lagu minus one sebelum membuat persembahan.

Plak

Plak ini diterima Fazli kerana mengadakan Konsert Istana Cinta pada 20 hingga 21 April 2007. Ia merupakan persembahan pertamanya bersama Datuk Siti Nurhaliza sempena mengingati seniman Tan Sri P.Ramlee. Pastinya ia sebuah memori yang indah kerana Siti juga merupakan idolanya. Siap ada tanda tangan lagi.

Kostum penyanyi kelab

Inilah baju yang ditempah khas pada tahun 2000 untuk dipakai ketika menyanyi di kelab. Kata Fazli, dia tidak sangka pernah memakai baju cerah itu kerana ia nampak pelik dan tiada unsur fesyen langsung.

Jubah

Jubah ini dibeli pada tahun 2007 ketika Fazli mengerjakan umrah. Sehingga kini, jika terdapat apa-apa majlis berbentuk keagamaan, jubah ini menjadi pilihan pertama. Katanya ia selesa dipakai.

Kot hitam

Kot ini dipakai ketika Fazli dicalonkan sebagai Penyanyi Baru Terbaik dan Album Pop Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke 14 (AIM14) menerusi album Harapan. Kot ini membuatkan Fazli teringat kembali kenangan manis itu setiap kali menatap kot tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan