Wardina Terbit Buku Agama Kanak-Kanak

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengacara Wardina Safiyyah, 32, bakal menerbitkan dua buah buku terbaru tulisannya berjudul Mama, Saya Bosan dan Mama, Saya Nak Solat pada April ini.

Berkongsi sedikit tentang idea untuk menghasilkan buku Mama, Saya Nak Solat, Wardina lebih gemar mengambil contoh daripada perkembangan anak sulungnya, Amna Nafessa, 7.

“Alhamdulillah, Amna tidak pernah tinggal solat walaupun baru berusia tujuh tahun. Dia juga sudah mengenakan hijab. Melihat apa yang dilakukannya membuatkan saya rasa gembira kerana bukan mudah untuk mendidik anak-anak menjadi seorang muslim yang berkualiti.

“Seperti ibu bapa lain, saya juga mengimpikan anak-anak saya menjadi muslim yang bijak dan tidak meninggalkan solat,” jelasnya.

Mereka yang berminat untuk berkongsi masalah atau apa-apa perkara tentang anak-anak dialu-alukan menghantar pendapat atau soalan di laman web Facebook Wardina Safiyyah OfficialPage atau emel wardina.dina@gmail.com.

Wanita ini juga dalam perancangan untuk menubuhkan pusat untuk kanak-kanak belajar tentang nilai-nilai murni dan kemahiran berkomunikasi dengan publik pada tahun hadapan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan