Jozan Rasa Bersalah Dengan Peminat

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zizan dan Johan
Zizan dan Johan

KUALA LUMPUR: Gandingan popular, Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan akui bersalah dengan peminat yang mengundi mereka apabila gagal melakukan persembahan terbaik pada minggu pertama Maharaja Lawak, Jumaat.

Kesibukan dengan karier lakonan masing-masing membuatkan mereka gagal membuat persediaan rapi sebelum memasuki pertandingan pada malam itu.

"Kami masih berada dalam keadaan terkejut dan belum merasakan keadaan seperti pertandingan kerana sudah selalu berlawak semasa mengacara bersama-sama.

"Lagipun, kami selalu sibuk dan sebelum ini tidak sempat berjumpa untuk berbincang idea untuk persembahan ini dan idea persembahan tadi baru difikirkan beberapa minit sebelum pertandingan bermula," kata Johan ketika sidang media tanpa ditemani Zizan.

Bagaimanapun, mereka berjaya mendapat undian tertinggi iaitu 52 peratus menandingi 11 peserta lain.

Markah dikira berdasarkan 50 markah undian penonton dan 50 markah pengkritik tetap iaitu pengarah filem dan drama, Ahmad Idham, pelakon Saiful Apek dan pengarah filem Mamat Khalid.

"Kami rasa bersalah dengan peminat yang mengundi kami kerana tidak dapat melakukan persembahan yang lebih baik. Tetapi kami berjanji akan perbaiki mutu persembahan pada minggu akan datang.

"Kami juga berharap peminat tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada Jozan. Bagaimanapun kami menghargai sokongan mereka, " kata Johan lagi yang sedang sibuk dengan penggambaran Ponti Vs Omi.

Program yang berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang pada pukul 10 malam dan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105) dan Astro Warna (saluran 132) itu turut menyaksikan kumpulan Sepah (Mamat, Shuib & Jep) pada tempat kedua dengan 11.7 peratus, Nabil (9.9 peratus), kumpulan Balas (Fendi & Shuk - 5.3 peratus), kumpulan R2 (Lopez & Along - 4.5 peratus), kumpulan Jambu (Yus & Taukeh - 4.3peratus).

Turut serta adalah Man (4.1 peratus), kumpulan WAI (Wan, Acok & Idlan - 2.5 peratus), Alex (2.2 peratus), Amir (1.7 peratus), Jihan (1.4peratus) dan kumpulan XN3 (Pak Cu & Anu - 1 peratus).

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan