Shakira Dedah Kekasih Melalui Twitter

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shakira
Shakira

SETELAH sekian lama malu untuk mengakui tentang perhubungan cinta, Shakira kini mula berani mendedahkan kekasihnya, Gerard Pique.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hips Don't Lie itu mendedahkan perkara itu menerusi akaun Twitternya dimana dia memanggil kekasihnya itu dengan panggilan manja, matahariku.

Malah Syakira turut memaparkan foto aksi mesranya dengan Gerard pada laman tersebut dan meletakkan status gambar berkenaan dalam bahasa Sepanyol, "aku persembahkan matahariku, Shak".

Dalam foto itu, Gerard yang juga merupakan pemain bola sepak Sepanyol memeluk Shakira daripada bahagian belakangnya.

Sebelum ini, desas desas mengenai percintaan Shakira dengan lelaki yang berusia sepuluh tahun lebih muda itu sering dipaparkan di media. Cuma hal tersebut belum disahkan sendiri oleh Shakira,

Difahamkan, pasangan itu mula berkenalan sejak Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan di mana Shakira merupakan penyanyi lagu rasmi acara tersebut iaitu Waka Waka (This Time For Afrika) dan Gerard pula merupakan model bagi klip video lagu berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan