Juliana Ibrahim Muncul Selepas 'Hilang' Tiga Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juliana Ibrahim kembali aktif selepas berehat tiga tahun. - Foto M RAJAN
Juliana Ibrahim kembali aktif selepas berehat tiga tahun. - Foto M RAJAN

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Juliana Ibrahim, 31, kembali aktif selepas tiga tahun berehat dari industri seni.

Kali terakhir, dia muncul di televisyen menerusi drama Saka di TV3. Sebelum itu dia pernah mengendalikan program kanak-kanak Chicky Hour (TV3), program penggembaraan Memori (RTM), program realiti So You Think You Can Dance (8TV) dan drama realiti Impian Illyana (TV3).

Sebelum ini, Juliana banyak berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Belanda kerana mengikut suaminya, Pelle Aardewerk, 37, yang berasal dari negara tersebut.

Sekarang, dia sedang melayari hidup bahagia dengan suami dan dua anaknya, Luna Alyssa, 2, dan Alaia Zahira, 1, serta memilih untuk menetap terus di sini.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2007 dan suaminya bekerja sebagai pengurus audit teknologi maklumat.

"Jika dulu saya banyak berehat dan kini saya mahu aktif semula dengan bernaung di bawah syarikat pengurusan artis, Aquila Emas.

"Suami tidak menghalang saya untuk aktif semula dalam industri. Walaupun begitu, tidak bermakna saya akan mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu.

"Saya mungkin terpaksa berkorban beberapa perkara seperti masa bersama keluarga. Jika saya tiada, anak-anak akan dijaga oleh pembantu kami," kata Juliana yang turut menerima tawaran membuat rakaman suara latar dan mengacara majlis.

Selain itu, dia yang pernah muncul dalam filem Jarum Halus dan Gubra akan berlakon filem ketiganya pada Jun ini.

Bercerita sedikit tentang program terbarunya, dia dan pelakon Zizan Nin sekali lagi bergandingan dalam Ayu & Tampan - Penyiasat Imej.

Program ini bakal disiarkan bermula 4 April, setiap Isnin, pukul 5.30 petang di TV3.

"Saya rasa teruja untuk bergandingan dengan Zizan selepas kami pernah berlakon sama-sama dalam Saka.

"Bagaimanapun, program ini memberikan satu pembaharuan kepada saya kerana pertama kali terlibat dalam program kecantikan.

"Setelah menyertai program ini, saya rasa lebih mengambil berat tentang penjagaan badan kerana sebelum ini saya tidak suka bersenam kerana berat badan saya susah naik," ujarnya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan