Zed Zaidi Beri Amaran Kepada Artis Muda Seniman

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zed Zaidi (gambar) memberi amaran kepada artis muda di bawah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) supaya menyertai setiap acara yang dianjurkan oleh persatuan tersebut.

Ini kerana antara 1,000 artis muda yang berdaftar, hanya dia dan pelakon Jehan Miskin menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Seniman pada Sabtu lalu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Zed merupakan pemangku Timbalan Presiden dan Ketua Biro Seniman Muda.

Sementara 43 artis lain yang hadir ke mesyuarat tersebut adalah di kalangan artis veteran.

“Saya agak kecewa dengan sikap artis muda yang tidak hadir ke mesyuarat agung baru-baru ini. Sepatutnya mereka perlu hadir untuk membincangkan isu-isu yang berlaku dalam industri hiburan.

“Jangan bila sudah terkena sesuatu perkara buruk, baru mereka hendak berjumpa dengan Seniman,” kata Zed yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Cuci Cuci Services musim kedua.

Sebelum ini, Zed pernah mengendalikan beberapa isu melibatkan artis muda seperti Rafie Hussein yang melecur di badan, tangan dan hidung sewaktu menjalani penggambaran filem Bara Jiwa.

Selain itu, kes Johan Raja Lawak dibaling gelas sehingga cedera dan Ammar Alfian dikecam kerana keberaniannya melemparkan kata-kata kesat dan ugutan bunuh kepada wartawan hiburan Malaysia di Facebook.

“Sekiranya artis-artis muda tidak aktif dengan persatuan, kami akan menarik semua keistimewaan yang diberikan seperti menjaga kebajikan, insurans dan nombor ahli untuk kebenaran mereka berlakon di bawah Finas,” jelasnya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan