Guru ‘Senior’ AF9 Mahu Ning & Adlin

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ning Baizura.
Ning Baizura.

KUALA LUMPUR: Pemilihan penyanyi Ning Baizura dan pelakon Adlin Aman Ramlie sebagai tenaga pengajar baru Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) dilakukan hasil persetujuan bersama guru-guru ‘senior’ yang pernah menyertai AF.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, mereka memilih Ning dan Adlin setelah merujuk kepada tenaga pengajar terdahulu.

Malah mereka merasakan kedua-dua artis itu mampu mengajar 12 pelajar baru yang bakal memulakan kelas mereka pada 4 April ini yang boleh ditonton menerusi Diari AF setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 hingga 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104).

Adlin Aman Ramli dipilih sebagai guru seni persembahan dan Ning Baizura (guru vokal persembahan) manakala tenaga pengajar lain termasuklah Fatimah Abu Bakar (kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris) yang memasuki tahun ke-8 bersama-sama AF kecuali AF4, Syafizawati Sharif (guru vokal teknikal) dan A. Aris A. Kadir (guru tarian).

Ning turut hadir ke sesi pengumuman barisan tenaga pengajar dan 12 pelajar di Jusco AEON, AU2, Setiawangsa, Isnin lalu. Turut serta adalah Fatimah, Syafizawati dan A. Aris.

Bagaimanapun Adlin tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana sedang mengerjakan umrah di Mekah dan dijadualkan pulang pada Selasa.

Tambah pengacara AF9, Aznil Nawawi, mereka melihat kepada kualiti yang ada pada Ning di mana wanita itu agak bagus dari segi kawalan pentas.

Dalam pada itu, Ning yang masih dalam proses mengenali 12 pelajar AF9 menganggap tugasan mengajar lebih mencabar berbanding pengalaman mengkritik AF sebelum ini.

“Dulu, saya hanya mengkritik, jadi tugasan saya lebih mudah. Sekarang, saya rasa lebih kuat tertekan apabila diminta mengajar pula.

“Jadi, saya perlu mengkaji kelemahan setiap pelajar bermula dari sekarang seperti kesilapan teknik mereka memegang mikrofon,” kata penyanyi lagu Awan Yang Terpilu dan Mama Papa ini.

Para pelajar pada kali ini ialah Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25, dari Selangor, Mohamad Amirullah Jahari, 19, (Amir - Sarawak), Mohamad Azri Abdullah, 24, (Azri - Selangor), Khairul Najmuddin Abu Samah, 20, (Erul - Kuala Lumpur), Nur Khaidir Muhd, 22, (Kay - Kuala Lumpur) dan Fahrur Raqib Abdul Majid, 21, (Raqib - Melaka).

Turut serta adalah Nur Suhada Jebat, 19, (Aida - Melaka), Nur Atiqah Shariffudin, 22, (Eka - Kuala Lumpur), Zulaika Zahari, 22, (Laika - Selangor), Lenaber Haidir, 21, (Lena - Sabah), Roshammizah Rosli, 28, (Miza - Selangor) dan Queennera Francine Francis, 19, (Nera - Sabah).

Pengumuman pengetua AF9 bakal diumumkan di Tirai AF pada 2 April ini, secara langsung pukul 9 malam dari Jusco AEON Setiawangsa, Konsert AF (setiap Sabtu, pukul 9 malam mulai 9 April) di Studio 1, Astro, Bukit Jalil dan Kenangan Afnil (setiap Sabtu, pukul 8.30 malam bermula 2 April ini).

Kenangan Afnil merupakan gabungan antara akronim AF dan nama Aznil di mana Afnil akan mengimbas kembali detik-detik kenangan AF dari musim pertama hingga musim ke-8.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan