Protege Afdlin Shauki Gagal Raih Pengundi SMS

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Afdlin dan Ratnah
Afdlin dan Ratnah

SHAH ALAM: Mentor, Afdlin Shauki dapat merasakan kegagalan meraih perhatian pengundi SMS menyebabkan protegenya, Ratnah mendapat markah terendah pada pusingan kedua konsert Mentor 5 bagi kumpulan A yang berlansung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Ahad.

Ratnah yang hanya mendapat markah sebanyak 38 peratus itu jauh ketinggalan berbanding dua rakannya dalam kumpulan tersebut iaitu protege Datuk Sharifah Aini, Shiha mendapat sebanyak 63 peratus dan protege Noh Hujan, Ayish pula mendapat 60 peratus.

Menurut Afdlin, dia sedar protegenya sukar mendapat undian SMS yang tinggi sejak konsert pusingan pertama lagi apabila Ratnah juga mendapat markah terendah iaitu 40 peratus berbanding Ayish (43) dan Shiha (64).

"Saya menganggap hal itu di sudut positif dimana mungkin keyakinan diri Ratnah di pentas agak kurang.

"Kalau nak diikutkan hati, saya agak terkejut kerana kami mendapat markah lebih rendah berbanding dengan konsert pusingan pertama. Memang ada rasa kecewa juga, tapi perlu diingat, ini merupakan satu game (permainan).

"Bagaimanapun saya gembira dengan persembahan Ratnah kerana dia berjaya menghiburkan penonton dan juri walaupun keadan dirinya yang kurang sihat. Cuma kami akan bekerja keras untuk meningkatkan markah kami pada konsert seterusnya," katanya.

Pada minggu lalu, Ratnah telah dimasukkan ke Hospital Gleneagles kerana mengalami masalah penyakit bronkitis.

Tambah Afdlin, kerana penyakit yang dialami itu, Ratnah hanya sempat membuat latihan selama empat hari berbanding protege lain iaitu selama dua minggu.

"Bagaimanapun, keadaan yang dilalui Ratnah bukan kerana kami sengaja ingin cetuskan drama. Memang dia benar-benar sakit.

"Saya hampir mahu menarik diri kerana tidak mahu melihat Ratnah lebih parah kerana bagi saya kesihatan perlu diutamakan dahulu berbanding hal-hal lain," tegasnya.

Pada malam konsert tersebut Ayish membuka tirai persembahan dengan membawakan lagu Itu Kamu diikuti pula dengan Shiha yang menyanyikan lagu Candat manakala Ratnah pula dengan lagu Fantasia Bulan Madu.

Kemudian ketiga-tiga mereka membuat persembahan duet dengan protege-protege dari Kumpulan B dimana Ayish dan protege Erra Fazira, Salma membawakan lagu medley iaitu Cinta Sempurna dan Sempurna, Ratnah dan protege Rahim Maarof, Aiman (Malam Ku Bermimpi) manakala Shiha dan protege Edry Abdul Halim, Iqa (Aku Ada Kamu).

Konsert tersebut telah diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan penyanyi dari Indonesia, Rossa pula menjadi juri undangan.

Sementara itu, kata Ramli, persembahan nyanyian kumpulan A mempunyai peningkatan berbanding pada konsert pusingan pertama, tetapi harus bekerja keras untuk melawan kumpulan B pada konsert yang akan datang.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan