Menang RM50,000 Dengan Red FM

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Para pendengar stesen radio Red FM kini berpeluang untuk memenangi wang tunai sehingga RM50,000 menerusi peraduan Red FM’s 50K Music Takeaway.

Dengarkan segmen Red FM’s Breakfast (Isnin hingga Jumaat pukul 6 hingga 10 pagi), gandingan penyampai Rudy dan Jeremy akan mengumumkan lagu pilihan minggu tersebut pada setiap Isnin.

Pendengar hanya perlu menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebanyak mungkin apabila lagu tersebut ke udara pada bila-bila masa sepanjang hari.

Apabila lagu tersebut diputarkan, SMS perkataan PLAY ke 33988. Anda boleh menghantar sebanyak mungkin bagi mencerahkan lagi peluang untuk dipilih oleh Rudy dan Jeremy.

Kata Rudy: "Selain perlu peka dengan lagu yang akan diputarkan, peraduan ini juga adalah satu bentuk senaman jari kerana anda perlu menaip SMS sebanyak yang mungkin. Ia juga memerlukan anda bersiap sedia di sisi telefon.

"SMS yang terpilih akan kami hubungi. Jadi, anda perlu bersedia untuk menjawab panggilan kami kerana jika kami tidak dapat menghubungi anda selepas tiga kali deringan, kami akan beralih ke pengirim SMS yang seterusnya."

Sementara itu, Jeremy pula menambah: "Hadiah wang tunai akan terus meningkat jika anda menerima panggilan ketika lagu pilihan dalam versi secara langsung dimainkan.

"Kami ingin memberikan kesemua RM50,000 itu dan memudahkan anda untuk memenanginya. Jangan ketinggalan untuk mendengarkan pembayang-pembayang yang akan kami berikan pada waktu tertentu."

Untuk info lanjut, layari www.red.fm. Sertai Red FM (Malaysia) di Facebook atau ikuti di Twitter (@iloveredfm).

Peraduan Red FM’s 50K Music Takeaway bermula sejak 7 Mac lalu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan