M.Nasir, Ramli MS Antara 148 Penerima Darjah Kebesaran Pahang - Berita Hiburan | mStar

M.Nasir, Ramli MS Antara 148 Penerima Darjah Kebesaran Pahang

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

M.Nasir (kiri) bersama Ramli MS yang kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Indera Mahkota Pahang.
M.Nasir (kiri) bersama Ramli MS yang kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Indera Mahkota Pahang.

PEKAN: Seramai 148 orang termasuk dua artis terkenal hari ini menerima anugerah darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini, baginda menyampaikan anugerah tersebut didahului dua kerabat diraja Pahang iaitu Tengku Nor Aizah Sultan Abu Bakar dan Tengku Zabedah Sultan Abu Bakar yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Baginda kemudian menganugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran "Datuk Seri" kepada lapan penerima didahului Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Penerima lain termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad; Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; Ketua Eksekutif Kumpulan APEX Development & Construction Berhad Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir dan Pengarah Urusan System Engineering & Construction Sdn Bhd Datuk Seri Ahmad Kamel Ibrahim.

Sultan Ahmad Shah mengurniakan Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran "Datuk" kepada lima penerima. Mereka ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya; Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Datuk Roslan Saad; Panglima Operasi Udara Lt Jen Datuk Ackbal Abdul Samad; Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Ibrahim Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Md Yusop Mansor.

Seramai 11 penerima dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran "Datuk".

Mereka termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abd Bakir Zin; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Mohd Shariff Hussin; Pegawai Undang-undang Khas Jabatan Perdana Menteri Datuk Azhar Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad.

Seramai 124 penerima pula dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran "Datuk" termasuk dua artis popular tanah air iaitu konduktor muzik, Ramli Mohamed Salleh atau lebih dikenali Ramli MS, dan penyanyi dan pencipta lagu Mohd Nasir Mohamed atau M. Nasir.

Penerima lain termasuk anggota exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Salim Parlan; Pegawai Daerah Rompin Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha; Panglima 4 Briged, Brig Jen Zamrose Mohd Zain; Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Md Jamil dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Aripin Daud. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan