Deejay Tuah Tukar Nama 'Tyzo' Selepas Dipersenda

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tyzo atau Tuah Zolqarnain
Tyzo atau Tuah Zolqarnain

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Tuah Zulqarnain menukar namanya kepada Tyzo kerana tidak mahu sesetengah pihak mempersendakan nama asalnya.

Tuah berkata, dia kerap kali mendengar ada orang memanggilnya dengan macam-macam gelaran kerana nama “Tuah” tersebut.

“Ada orang kadang-kadang kata ‘bertuah budak ni’ dan macam-macam lagi perkataan yang ada kaitan dengan tuah. Atas sebab itulah saya berhasrat untuk tukar nama,”

"Bila perkenalkan diri mesti ada saja yang mengaitkan saya dengan Hang Tuah," katanya kepada mStar Online, Rabu.

Menurut Tyzo, nama tersebut juga merupakan nama timangan yang sering digunakan di kalangan ahli keluarganya.

"Saya sebenarnya mahu dikenali Tyzo sejak dulu tapi disebabkan ramai yang kenal saya dengan nama sebenar Tuah Zoqarnain jadi sukar untuk ubah.

Jelasnya, dia sudah mula menggunakan nama gelaran tersebut awal tahun ini dan mendapat reaksi yang menggalakkan dari peminat terutamanya pendengar Suria FM.

"Nama itu sangat dekat dengan keluarga, jadi saya mahu hubungan dengan peminat juga akan lebih mesra. Lagi pula nama Tyzo lebih senang nak ingat," katanya.

Dalam pada itu, dia yang berada di bawah pengurusan Metrowelth Sdn Bhd ini berhasrat memperkembangkan bakat dalam bidang lakonan.

"Saya sangat minat berlakon tapi malang sekali rezeki tidak banyak ke arah itu. Saya masuk Metrowelth kerana saya tidak mahu bakat lakonan saya terkubur begitu sahaja.

"Jika di luar, ramai yang mengenali saya sebagai pelakon bukan sebagai deejay," katanya yang baru sahaja selesai penggambaran filem Alamak Toyol.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan