Melda Teruja Beraksi Dengan Artis Hebat

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Melda (kiri) bersama Ella.
Melda (kiri) bersama Ella.

PETALING JAYA: Peserta Gadis Semasa Sunsilk, Melda Ahmad, menerima peluang kemasan apabila diberi peluang untuk mengadakan konsert sebagai penutup rancangan itu pada 16 April depan.

Menariknya dalam konsert tersebut, Melda akan berkongsi pentas dengan Ella, Hujan, One Naton Emcee dan Yuna.

Pengurus Jenama (Sunsulk), Unilever (M) Holding Sdn Bhd, Emily Chong berkata, penganjuran konsert tersebut adalah untuk memberi ruang kepada penyanyi itu merealisasikan minatnya dalam bidang seni.

“Ia merupakan satu perjalanan kepada sorang gadis yang dicungkil bakatnya menerusi laman Youtube lalu mempamerkan kebolehannya menerusi rancangan Gadis Semasa Sunsilk,” katanya.

Melda yang sebelum ini popular melalui lagu Putus di Internet mengakui keterujaan dia untuk mengadakan konsert berkenaan selain mahu merealisasikan hasrat mempunyai album sendiri.

Anak gadis dari Kuala Lumpur ini menjadi popular selepas menyertai rancangan tersebut menerusi TV3 yang mengisahkan kehidupan sebenar dirinya yang memiliki bakat terpendam sebagai seorang pencipta lagu.

Kekecewaan cintanya turut diluarkan menerusi lagu Putus yang berjaya menarik minat penggemar yang melayari Youtube.

Bercerita mengenai konsertnya yang akan diadakan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur, pelajar diploma dalam bidang muzik dari Institut Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor ini memberitahu keterujaannya mengadakan persembahan berkenaan.

Ujarnya, ia adalah peluang yang amat baik untuk membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat selepas 13 episod rancangan itu ke udara.

“Saya mengakui agak gusar untuk melakukan persembahan itu tetapi saya berjanji untuk melakukan yang terbaik,” katanya,.

Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan konsert berkenaan boleh mendapatkan tiket menerusi siri jelajahnya yang akan didakan di Tunas Manja, Kuantan Pahang (26 dan 27 Mac), Mydin, Kuala Terengganu (1 dan 2 April) dan Giant, Batu Caves, Selangor (3 April).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan