Fauziah Latiff Minta Artis dan Pemuzik Bersyukur Dengan Royalti Prism

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fauziah Latiff
Fauziah Latiff

KUALA LUMPUR: Penyanyi Fauziah Latiff atau Jee berharap agar mana-mana penyanyi atau pemuzik yang tidak berpuas hati dengan jumlah royalti yang diagihkan oleh Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn Bhd (Prism) pada Jumaat lalu agar lebih bersyukur dengan agihan tersebut.

Jee yang mewakili golongan artis sebagai Ahli Lembaga Pengarah badan itu berkata, Prism telah melakukan sebaik mungkin untuk mengumpulkan jumlah royalti kesemua ahlinya bagi tempoh 2010.

Walaupun mengakui jumlah agihan di antara RM300 hingga RM10,000 itu mungkin tidak sebesar mana, penyanyi itu menyeru kepada 1128 ahli badan itu agar memahami kapasiti dan kesulitan yang didepani Prism untuk melaksanakan usaha itu.

"Prism telah berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kesemua ahli dapat merasai royalti agihan ini. Mungkin ia tidak sebesar mana tetapi pemberian ini lebih baik daripada tidak ada langsung.

"Artis dan pemuzik perlu faham bahawa royalti ini adalah ibarat wang bonus atas penyiaran album dan lagu mereka di tempat awam.

"Prism masih terlalu baru dan banyak perkara yang perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa," katanya yang ditemui pada majlis pengagihan royalti ahli badan itu di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Jumaat lalu.

Sementara itu, Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chu ketika mengulas perkara tersebut berkata, pihaknya tidak menerima sebarang rungutan berhubung dakwaan itu.

Pun begitu, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati, dia mengalu-alukan pihak terbabit untuk datang ke pejabat Prism dan membuat aduan secara rasmi.

"Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, kita alu-alukan mereka untuk datang ke pejabat Prism. Masalahnya, selama ini apa yang kita dengar hanyalah cakap-cakap belakang dan tiada sebarang aduan secara rasmi.

"Lagi pun, mereka kena faham, Prism telah mencuba sebaik mungkin untuk mengagihkan wang royalti ini secara adil dan saksama mengikut data yang kami perolehi.

"Memandangkan kita masih baru dan kapasiti juga tidak besar, ini sahaja jumlah yang kami termampu beri mengikut data yang dikumpulkan itu," katanya.

Jumaat lalu, Prism telah menganjurkan majlis penyerahan cek royalti kepada 1128 ahli badan itu hasil daripada kutipan berjumlah lebih RM2 juta bagi penyiaran lagu atau album artis dan pemuzik di tempat awam untuk 2010.

Majlis tahunan kali ke-tujuh itu turut menyaksikan peningkatan lebih 30 peratus jumlah agihan berbanding tahun sebelumnya.

Antara artis dan pemuzik yang menerima royalti agihan itu termasuklah Uji Rashid, Zaiton Sameon, Ito, Joe Wings, Edrie Hashim, Azlan Abu Hassan dan ramai lagi.

Cek royalti tersebut disampaikan oleh Presiden Majlis Muzik Malaysia, Datuk Aziz Bakar.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan