Awani Siar Secara Langsung Anugerah ICT NEF

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Stesen televisyen, Astro Awani akan membawakan secara langsung Anugerah ICT NEF-AWANI pada Khamis ini, pukul 2.45 petang.

Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dijangka hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Menurut Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz, anugerah tersebut bukan sahaja untuk meraikan kecemerlangan syarikat-syarikat industri teknologi dan komunikasi (ICT) yang telah memberi impak dalam kehidupan rakyat Malaysia berbilang kaum tetapi juga memberi pengiktirafan kepada usahawan tekno Bumiputera yang berjaya.

"Saluran berita Awani akan menyiarkan secara langsung ucapan Perdana Menteri dan acara penyampaian anugerah kepada pemenang-pemenang yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Rancangan khas ini akan bermula pada pukul 2.45 petang, Khamis ini” kata Rozina.

Tambahnya, Astro Awani mengambil keputusan menjadi rakan NEF (Persatuan Industri & Usahawan ICT Bumiputera Malaysia) dalam menganjurkan anugerah ini kerana melihat perlunya rakyat mengetahui cerita kejayaan usahawan teknologi dan komunikasi membina syarikat mereka sehingga berjaya.

"Ini adalah kali pertama Astro Awani dan NEF bergabung tenaga menganjurkan anugerah tahunan ini. Terdapat lapan anugerah dalam kategori usahawan Bumiputera. Juri profesional dalam bidang ICT memilih pemenang berdasarkan keunikan produk, kreativiti, inovasi, penerimaan pasaran, kualiti/estetika dan impak kepada industri dan komuniti.

Lapan anugerah itu ialah:

1.Produk Perisian Bumiputera Terbaik. 2.Usahawan Tekno Bumiputera Muda Terbaik. 3.Aplikasi Media Baru Bumiputera Terbaik. 4.Kandungan/Aplikasi Mudah Alih Bumiputera Terbaik. 5.Syarikat “Startup” Bumiputera Terbaik. 6.Animasi Kreatif/Permainan Bumiputera Terbaik. 7.Syarikat Bumiputera Paling Inovatif. 8.Syarikat ICT Bumiputera Terbaik.

Anugerah yang bersifat ‘inklusif’ ini juga mempunyai anugerah di mana pemenang dipilih oleh rakyat Malaysia secara dalam talian (online). Anugerah yang dimaksudkan ialah:

1.Syarikat Telekomunikasi Pilihan. 2.Penyedia Perkhidmatan Dalam Talian (Online) Pilihan. 3.E-Perkhidmatan Kerajaan Pilihan. 4.Portal Hiburan Pilihan. 5.E-komuniti/e-perkhidmatan Pilihan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan