Bukan Salah Ezany, Produksi Gagal Susun Jadual

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ezany Nazariff menjelaskan tuduhan mengatakan dia tidak memberi komitmen dalam sebuah penggambaran drama baru-baru ini adalah disebabkan kesilapan pihak produksi yang tidak menyusun jadual dengan betul.

Katanya, ia bukan kerana watak kecil menyebabkan dia mengambil mudah penggambaran tersebut tetapi jadual penggambaran yang sering berubah menyebabkan dia tidak dapat memberi kerjasama kerana mempunyai komitmen lain.

“Isunya kecil saja dan saya tidak anggap ia perkara besar sebab itu adalah masalah dalaman produksi.

“Mereka yang tidak menyusun jadual dengan betul sehingga banyak babak yang terpaksa ditunda dan babak saya bertindih-tindih dengan penggambaran lain.

“Ya, memang saya ada komitmen dengan drama lain sebab watak drama ini kecil sahaja dan sebagai pelakon sudah tentu kita ada menerima tawaran lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Pelakon itu menjawab tuduhan yang dilaporkan sebuah akhbar Ahad lalu mengatakan dia tidak berdisiplin dan sanggup menabur pasir dalam periuk nasi sendiri kerana gagal hadir dalam pembikinan sebuah drama.

Bagaimanapun, jelas Ezany dia terkejut apabila perkara ini dibesarkan oleh pihak tertentu, walhal baginya ia hanyalah asam garam yang biasa dilalui di setiap penggambaran.

“Orang di luar tidak tahu situasi sebenar di lokasi penggambaran, bagaimana kami tiada tempat berehat dan terpaksa menunggu, tapi bagi saya itu adalah asal garam sebagai pelakon.

“Untuk drama tersebut, saya berlakon hanya sebagai cikgu dan pelakon utama adalah budak-budak sekolah yang mana mereka lagi banyak masalah dan sukar untuk dikawal.

“Hal tunggu menunggu di lokasi bukan saya seorang sahaja malah beberapa pelakon lain turut menerima nasib yang sama disebabkan masalah jadual itu,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai usahawan belacan dan kicap, Ezany turut memberitahu dia terpaksa membahagikan masanya sebaik mungkin bagi memastikan semua yang dilakukan berjalan lancar.

“Setiap hari memang saya sibuk, selepas habis penggambaran saya akan bergegas ke pejabat dan kilang untuk lihat semua berjalan lancar.

“Tapi ia boleh dilakukan dengan profesional jika semuanya diatur dengan baik dan mempunyai jadual yang betul,” katanya yang turut membintangi drama Kemboja Putih.

Selain itu, Ezany bakal muncul dengan drama terbaru pada 8 April ini berjudul Jubah Emas Buat Su arahan Bada Haji Azmi di saluran Astro Oasis.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan