Warna Kelam Bukan Kesilapan Hikayat Merong Mahawangsa

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu babak dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Salah satu babak dalam Hikayat Merong Mahawangsa

SEPERTI dijangkakan, filem epik Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang memulakan tayangan umum sejak 10 Mac lalu berjaya menarik kaki wayang untuk menyaksikan sendiri kehebatan filem kelapan terbitan KRU Studios itu.

Khabar terbaru yang dikongsikan oleh penerbitnya, Norman Abdul Halim kepada OopStarz!, kutipan terkini HMM iaitu sebanyak RM3.3 juta ternyata membawa kelegaan terhadap segala jerih-perih mereka dalam usaha untuk mengangkat imej filem Malaysia ke tahap antarabangsa.

“Pencapaian kutipan HMM iaitu sebanyak RM3.3 juta selepas seminggu ditayangkan adalah satu khabar gembira yang amat melegakan.

“Ternyata kami berbangga dengan kedudukan HMM yang berjaya menggungguli carta filem-filem ditayangkan di Malaysia sejak minggu lalu walaupun terpaksa bersaing dengan filem luar,” katanya.

Meskipun HMM pasti mampu meraih kutipan lebih tinggi menjelang minggu depan berdasarkan respons masyarakat, Norman bagaimanapun mensasarkan lebih daripada itu.

“Sebenarnya, kami mensasarkan 1 juta penonton. Setakat ini, sudah lebih 350,000 orang menonton HMM di Malaysia sahaja.

“Jika dirangkumkan sekali jumlah penonton untuk pengedaran filem ini di luar kelak, memang sasaran 1 juta penonton itu boleh dicapai.

“Cuma, sebolehnya kami mahu melihat angka tersebut diperolehi daripada penonton kita sendiri,” katanya yang mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk menonton HMM selagi masih ditayangkan.

Di sebalik pencapaian memberangsangkan filem arahan Yusry Abdul Halim itu, ada pihak mempersoalkan gred warna filem itu yang dilihat tidak berkualiti, kelam, kabur dan pudar.

Menjelaskan hal itu, Norman berkata: “Aspek penggredan warna HMM sengaja dihasilkan sebegitu rupa untuk menyemarak dan menghidupkan lagi suasana genre epik dan purbakala dalam HMM.

“Jika menerusi Magika warna filem itu nampak terang dan ceria, bersesuaian dengan temanya, dalam HMM pula warnanya sengaja dibuat nampak kelam bagi memberikan impak lebih realistik pada penceritaan filem itu.

“Keputusan untuk memaparkan teknik warna begitu adalah bertitik-tolak daripada pertimbangan aspek kreatif produksi dan bukannya kerana kesilapan teknikal,” katanya yang mengakui kualiti filem itu turut diperakui oleh pengedar HMM di Amerika Syarikat.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan