Dua Sudu Nasi Petua Cantik Kilafairy

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOLOKAN ‘Angelina Jolie Malaysia’ seakan-akan melekat kepada anak penyanyi Rohana Jalil ini selepas dia terjun dalam industri hiburan sebagai seorang pelakon. Hanya dikenali dengan nama Kilafairy, pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan, 19, ini cuba menepis jolokan tersebut sedikit demi sedikit sebaliknya mahu diminati kerana bakat lakonan dan nyanyian yang dimilikinya sejak kecil.

Di sebalik cerita jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia’, itu Kila turut menerima tempias dikatakan membuat pembedahan plastik pada bibirnya.

Bagaimanapun dia yang menafikan dakwaan tersebut berkata bibirnya itu memang asli sejak dilahirkan lagi.

Jelas Kila semua yang ada pada anggota badannya adalah kecantikan asli dan semula jadi.

“Mustahil saya buat suntikan kerana mama dan papa saya melarang kami tiga beradik melakukannya. Lagipun, saya suka kecantikan semula jadi sebab tu kalau keluar rumah saya jarang pakai mekap.

“Saya juga mengelak daripada mewarnakan rambut kerana bimbang hilang keaslian warnanya termasuklah kalau saya nak cabut bulu tangan pun mama saya bising,” kata Kila kepada OopStarz!.

Mengungkap definisi cantik menurut gadis ini, seseorang itu kelihatan menarik apabila dia yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Apabila seseorang itu yakin, secara tak langsung segala pergerakan dan percakapan menjadi teratur dan lancar. Jadi saya akan pastikan diri sentiasa yakin kerana menjadi selebriti sentiasa mendapat perhatian ramai,” ujar anak bongsu ini lagi.

Gabungan enam rempah

Sambil menikmati minuman petang dan kuih yang disediakan oleh pemilik Poya Boutique, Kila tiba-tiba gusar dengan kulit sensitif yang dialaminya. Ketika berusia 15 tahun, jerawat kecil seperti pasir mula tumbuh pada mukanya.

“Sejak dari itu, saya mengambil antibiotik bagi melicinkan semula kulit. Saya rasa mungkin jerawat banyak tumbuh kerana perubahan hormon. Selain itu, saya jenis seorang yang kurang sabar dan mahukan tindak balas pada kulit dengan cepat.

“Oleh yang demikian saya selalu berhadapan dengan masalah kulit kerana tabiat menukar pelbagai jenis produk setelah menganggap ia tidak sesuai dengan kulit saya,” ceritanya. Sehingga kini, pelakon filem Karak ini masih mencari ‘penawar’ untuk mengubat masalah kulit sensitifnya itu.

Buat masa sekarang, dia sedang mencuba rawatan dengan pakar kulit.

“Selepas saya berlakon filem Karak, jerawat semakin banyak dan saya dinasihatkan menggunakan ubat doktor sejak beberapa bulan lalu.

“Selain tidak boleh menggunakan mekap terlalu lama, saya juga perlu mencuci muka lebih kerap sehingga lima atau enam kali.

“Doktor menyarankan saya menggunakan pencuci muka Phytobar iaitu gabungan enam rempah yang tidak mempunyai bahan kimia,” katanya yang pandai menyanyi lagu-lagu popular hindustan.

Petua ringkas

Apabila disoal tentang petua, terus-terang pelakon drama muzikal Hotel Mania ini terus menjawab dia tidak mengamalkan banyak petua.

“Saya tidak berpantang makan dan jika jerawat banyak saya akan kurangkan makanan berminyak dan bergoreng. Bagaimanapun saya mengehadkan pengambilan nasi kepada dua sudu sahaja setiap kali menikmatinya. Jika lapar pada waktu malam, saya akan merebus telur dan makan putih telur sahaja.

“Saya juga mengambil fiber untuk memudahkan pembuangan toksin. Papa turut mengingatkan saya untuk minum air putih tujuh kali sehari dan makan sayur. Tetapi jika kurang makan sayur, saya akan lebihkan makan buah-buahan.

“Untuk menjaga badan, saya selalu melakukan senaman ‘sit up’ sebanyak 100 kali sehari kerana bagus untuk perut,” ujarnya.

Sebelum menutup perbualan, Kila sempat berkongsi tentang penjagaan penampilan. Biarpun menuntut jurusan fesyen, Kila akui selesa dengan pakaian yang tampak sederhana dan kasual seperti blaus, jean dan selipar.

Jika ada majlis keramaian yang memerlukan dia melaram, barulah wanita ini akan mengenakan pakaian mengikut tema majlis dan semestinya berkasut tumit tinggi.

Selain itu, dia gemar berkongsi tip fesyen dengan kakaknya, Shahira Idora yang juga pereka fesyen atau bertanya pendapat ibu dan pembantu peribadinya, Eva Suzie.

Foto ART CHEN Solekan EVA SUZIE Pakaian Butik Buttonmybuttons, SS15 Subang Jaya (0123785657-SHAHIDA SHARIFF) & Poya Boutique Lokasi Poya Boutique, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan