Ana Raffali Perjelas Tuduhan Minta Bayaran

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ana Raffali
Ana Raffali

PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali menjelaskan bahawa dakwaan meminta bayaran terhadap sebuah temubual oleh sebuah web tv adalah tidak benar, sebaliknya menganggap pihak pengurusan web tv itu salah faham dalam urusan perbincangan yang mereka lakukan.

Jelas Ana, memang kebiasaannya sebelum menerima sesebuah undangan persembahan atau temubual, pihak pengurusnya akan bertanyakan beberapa perkara tentang bayaran, pakaian atau solekan sebagai persediaan.

"Saya terkejut bila mereka kata bahawa saya minta token atau bayaran untuk temubual, saya tahu setiap temu bual memang tidak ada bayaran.

"Memang pengurusan saya akan bertanyakan tentang bayaran, baju dan solekan namun ia bukan bermakna kami meminta tetapi hanya sebagai soalan-soalan biasa dalam urusan tersebut.

"Jika mereka tidak sediakan bayaran pun tidak mengapa, tentang baju dan mekap ia sebagai persedian saya agar dapat menyediakannya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Ana diminta mengulas kenyataan sebuah portal hiburan yang mendakwa dia telah meminta bayaran, menyediakan pakaian dan solekan sebelum ditemu bual sebuah web.

Tambah Ana, dia tidak pernah terfikir untuk meminta-minta bayaran terutama selepas memenangi Anugerah Juara Lagu 25 lalu.

"Pekara ini sedikit sebanyak pasti memberi pandangan negetif kepada saya, ada juga yang sudah menjadikannya bahan lawak jenaka atau sindiran.

"Pihak tersebut sepatutnya tidak menyebarkan perkara yang dia tidak faham kepada orang lain yang mana boleh menimbulkan fitnah seperti ini," katanya.

Dalam pada itu, Ana yang bakal menjayakan teater Kenangan Mengusik Jiwa mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke bidang lakonan.

"Saya anggap lakonan sebagai satu cabang seni juga, saya minat berteater sejak dibangku sekolah lagi tapi tidak berpeluang.

"Dalam teater tersebut saya juga bakal menyanyikan lagu-lagu 60 an dengan nafas baru," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan