Rebecca Black Sedih Lagunya Dianggap Bodoh

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rebecca Black
Rebecca Black

SEJAK lagunya yang berjudul Friday menjadi popular di alam maya, si penyanyi, Rebecca Black tampil membuat kenyataan dengan menzahirkan rasa sedih dan kecewa terhadap kritikan yang dilemparkan pendengar terhadap lagu tersebut.

"Semua komen yang pedas-pedas dilemparkan kepada lagu Friday itu membuatkan saya terkejut dan sedih.

"Kadang-kadang saya rasa dijadikan bahan umpatan di dunia maya," ujar Rebecca yang dipetik dari The Daily Beast.

Sebelum ini, lagu tersebut dikatakan sangat tidak berkualiti dan mempunyai lirik yang buruk.

Bagaimanapun, Rebecca menyatakan bahawa dirinya sama sekali tidak terlibat dalam pembikinan lirik lagu Friday itu.

"Lagu-lagu yang berkaitan cinta dewasa yang lain saya belum mengalaminya, jadi saya memilih menyanyi lagu Friday yang menceritakan tentang kehidupan remaja.

Biarpun diberi pilihan untuk mengeluarkan video tersebut dari laman Youtube, namun dia memilih untuk membiarkan sahaja dan beranggapan sukar untuk memuaskan hati semua pendengar.

Sebahagian pengkritik memberikan komen yang mengatakan lagu tersebut sangat bodoh.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan