Rafflesia & Mandalay Himpun 40 Selebriti Terkenal - Berita Hiburan | mStar

Rafflesia & Mandalay Himpun 40 Selebriti Terkenal

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara selebriti yang hadir ke majlis makan malam Rafflesia & Mandalay di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, Jumaat. - Foto NORAFIFI EHSAN
Antara selebriti yang hadir ke majlis makan malam Rafflesia & Mandalay di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, Jumaat. - Foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Barangan kemas Mandalay dan Rafflesia menghimpunkan lebih 40 selebriti menjelang Anugerah Bintang Popular 2010 yang akan berlangsung pada 3 April ini di Arena of Stars, Genting Highlands.

Antara selebriti tersebut adalah pelakon Elaine Daly, pelakon Liyana Jasmay, model Zahnita, pelakon Juliana Evans, pelakon Wan Sharmila, pelakon Intan Ladyana, pelakon Memey Suhaiza, pelakon Diana Danielle, model Amber Chia, pelakon Irma Hasmie, penyanyi Deja Moss, pelakon Fahrin Ahmad dan pelakon Norman Hakim.

Rafflesia & Mandalay turut menjemput artis-artis baru seperti Bkay (Ratu The Movie), Kilafairy, Adeline Tsen, Ana Dahlia dan Dottie.

Turut serta adalah pereka fesyen terkenal yang mereka pakaian yang diperagakan oleh selebriti tersebut seperti Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Hazwani, Nik Erwan Roseli, Zery Zamry, Ariff Shukor, Riffai, Wan Huzairil, Wanpa, Bill Keith, Saiful Bahrim dan Lord’s Tailor.

Semua selebriti yang hadir memperagakan pakaian berwarna keemasan.

Sepanjang majlis makan malam itu, tetamu yang hadir turut dihidangkan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi Maulana, Deja Moss, Diana Danielle, Haziq dan Kilafairy.

Selain menikmati juadah makanan, tetamu juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah tajaan Rafflesia dan Mandalay.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan