Dynas Mahu Aktif Selepas Bersalin

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dynas Mokhtar
Dynas Mokhtar

PETALING JAYA: Pelakon, Dynas Mokhtar mengakui 2011 merupakan tahun untuk dia bergiat aktif semula selapas hampir setahun berehat selepas kelahiran anak pertamanya, Khyra Khalyssa yang kini berusia 11 bulan.

Jelas Dynas, dia sudah bersedia untuk kembali aktif berlakon, mengacarakan program televisyen dan menjalankan perniagaan butiknya.

"Sudah setahun rasanya saya berehat dari sebarang aktiviti untuk beri perhatian sepenuhnya kepada Kyra.

"Walaupun Khyra semakin membesar namun begitu dari segi lakonan saya banyak memilih drama yang melakukan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur sahaja," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Si Kecilku Chak!!!, Khamis.

Dynas yang terlibat sebagai pengacara program tersebut juga mengakui dia kini sibuk membuat persediaan butik pakaian ibu dan anak yang bakal dibuka Mei ini.

"Selain berlakon dan terlibat dengan program Si Kecilku Chak!!, saya juga sibuk dengan penyediaan butik pakaian Dynas Nursing Attire (DNA) yang bakal dibuka di The Curve, nanti.

"Pakaian berkonsep ibu dan anak ini merupakan rekaan saya sendiri yang bertujuan mengalakkan ibu-ibu muda untuk tampil bergaya," katanya,

Ketika ditanya tentang nama DNA yang merupakan gabungan nama Dynas dan Awal Ashaari, Dynas memberitahu dia sayang untuk menukar nama lain biarpun tidak lagi bekerjasama dengan lelaki itu.

"Saya rasa sayang untuk tukar nama DNA biarpun sudah tidak lagi bekerjasama dengan AWal, Saya rasa orang ramai dan peminat sudah tahu tentang jenama ini.

"Lagi pula saya dan Awal juga sedang merancang untuk bekerjasama lagi dalam perniagaan, namun ia masih lagi dalam peringkat perancangan," katanya.

Dalam pada itu, Dynas berkata perancangan mendapatkan cahaya mata kedua akan difikirkan pada tahun hadapan berikutan jadual kerja yang padat tahun ini.

"Tentang anak kedua saya rasa tahun hadapan baru kami merancang kerana saya dan suami masing-masing ingin fokus kepada kerja terlebih dahulu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan