Pasha (Ungu) Teruskan Aktiviti Seni Selepas Berkahwin

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasha
Pasha

JAKARTA: Menjelang hari-hari bahagia pernikahannya, Pasha (Ungu) sempat mengadakan kenduri kesyukuran sempena kehadiran single duo Yangseku.

Yangseku yang terdiri daripada gabungan suara dua adik kandungnya iaitu Putri dan Senti di terbitkan sendiri oleh Pasha.

"Ya, hari ini sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dilalui oleh Yangseku, kami mengadakan kenduri kesyukuran.

"Kita patut bersyukur dengan apa yang kita raih, apa pun ia sudah direncanakan oleh Allah SWT," katanya, seperti dipetik Kapanlagi.com.

Sementara itu, Putri dan Senti turut menzahirkan rasa senang kerana perjalanan kerjayanya disokong oleh abangnya sendiri.

"Rasa sangat senang dan bahagia ketika ini sehingga kami mengundang 20 anak yatim dan peminat-peminat kami.

"Kami juga gembira mempunyai abang seperti Pasha yang banyak membimbing kerjaya kami," katanya.

Dalam pada itu, Pasha yang bakal melangsungkan pernikahannya pada 27 Mac ini mengaku akan terus menyokong kerjaya adik-adiknya itu.

"Sebenarnya tidak ada yang akan berubah tentang kegiatan harianku. selepas berkahwin juga akan berjalan seperti biasa," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan