Keyakinan Tiara Terhadap Teater Terbaru

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kehebatan Datin Seri Tiara Jacquelina dalam pementasan teater muzikal, Puteri Gunung Ledang sebelum ini mendorong beliau untuk menghasilkan satu lagi produksi hebat, The Secret Life of Nora.

Produser, pelakon dan aktivis seni itu memaklumkan penerbitan teater muzikal The Secret Life Of Nora itu akan dipentaskan pada akhir September depan di Istana Budaya.

Menerusi pemetasan itu Tiara akan memegang watak utama Nora dalam produksi terbitan syarikatnya sendiri Enfiniti Vision Media Sdn Bhd.

"Saya sering ditanya apakah karakter yang boleh saya mainkan selepas memegang watak Puteri selama tujuh tahun? Saya ingin cuba memainkan watak yang lebih santai.

"Watak itu haruslah seorang yang seronok, aktif dan moden serta melalui pengalaman hidup menarik sehingga menjadi wirawati yang tabah dan bersemangat tinggi," katanya.

The Secret Life Of Nora mengisahkan seorang penyanyi kabaret yang jelita, kaya, gemar bersuka-ria dan berperangai seperti kanak-kanak.

Ketika hampir dipenjarakan ekoran insiden tertentu, Nora bagaimanapun diberi peluang kedua menebus kesalahannya.

Dia perlu menjalani latihan sebagai seorang perisik untuk menyusup masuk ke salah satu rangkaian penyeludupan manusia terbesar.

Akhirnya, Nora terpaksa menyelamatkan nyawa sendiri dan semua gadis yang diperdaya menjadi mangsa penyeludupan itu.

Dia juga terperangkap dalam dilema antara lelaki yang dicintainya dan rahsia yang perlu disimpan kemasnya.

Menurut Tiara, pengarah antarabangsa, Steven Dexter dari Produksi London West End yang pernah mengarahkan teater muzikal Peter Pan dan Pirates of Penzance di peringkat antarabangsa akan tampil mengarahkan teater tersebut.

Teater terbaru terbitan Enfiniti Group itu akan dipersembahkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Sesi uji bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 Mac manakala di Singapura pada 29 hingga 30 Mac.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan