Jodie Foster Bela Nasib Mel Gibson

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jodie Foster
Jodie Foster

LOS ANGELES: Jodie Foster membela rakan karibnya, Mel Gibson termasuklah mengharapkan pelakon itu agar kembali ke layar perak selepas beberapa tahun hidup bagaikan terpinggir.

Dia juga menganggap lelaki itu sebagai seorang yang sensitif dan juga “sakit sepanjang hidup.”

"Tuhan, aku cinta orang itu. Dia sakit sepanjang hidupnya apabila kisah hidup dia kita perkatakan sejak beberapa tahun lalu. Sebahagian hidupnya indah dan cantik. Itu yang saya hendak orang tahu,” kata Foster.

Gibson telah berjuang dalam kerjayanya sejak tahun 2006 sehingga ditahan ketika memandu dalam keadaan mabuk.

Minggu lalu, dia diperintahkan untuk mengikuti program kaunseling selama setahun dan melalui tiga tahun masa percubaan ketika proses permohonan untuk mengelakkan dirinya dikenakan hukuman penjara terhadap kekerasan yang dilakukan kepada pasangannya.

Bintang "Braveheart" itu memenangi dua anugerah Oscar pada tahun 1996 tidak mempunyai peranan utama di layar besar dari tahun 2005 hingga tahun lalu termasuklah hanya diberi peranan kecil dalam filem aksi, "Edge of Darkness."

Bagaimanapun terbaru, menerusi filem "The Beaver," Gibson memainkan peranan sebagai suami bermasalah.

Gibson pada dasarnya telah bersetuju untuk mengadakan promosi filem itu tetapi dia juga harus berhadapan dengan pihak media yang besar kemungkinan akan bertanyakan pelbagai soalan mengenai kehidupannya beberapa tahun lalu.

"Dia seperti aku yang dirantai di kereta dan diseret untuk anda. Tapi aku suka. Tak ada masalah,” ujar Foster bermadah.

Pelakon itu menambah Gibson adalah seorang yang amat dicintainya selepas melalui pengalaman berlakon bersama dalam filem sebelum ini.

Katanya, setiap minit bertemu Gibson, dia akan mencintai pelakon itu sepanjang hidupnya. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan