Astro Papar Dokumentari & Drama Kenang Jasa Yuen Yuet

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yuen Yuet Leng (kiri) dan Koo Chee Sing. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG
Yuen Yuet Leng (kiri) dan Koo Chee Sing. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan drama bersiri Suatu Ketika... Apa Dosaku memenangi Anugerah Seri Angkasa baru-baru ini, Astro Citra sekali lagi memberi penghormatan kepada seorang lagi wira negara.

Beliau ialah Datuk Seri Yuen Yuet Leng, seorang patriot yang berjuang menentang ancaman komunis.

Kisah perjuangan Yuen didramakan untuk siaran slot Suatu Ketika... Darah Di Bumi.

Empat episod Suatu Ketika… Darah Di Bumi akan ke udara pada 26 dan 27 Mac serta 2 dan 3 April depan pada pukul 1 petang.

Ia menceritakan bagaimana Yuen menyertai unit Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia sebagai seorang pegawai untuk menjalankan operasi sulit menentang ancaman komunis yang semakin berleluasa selepas bersara daripada jawatan guru di Sekolah King George V di Seremban.

Walaupun berdepan dengan banyak situasi yang membahayakan diri dan mengancam nyawa, Yuen memainkan peranan penting dalam usaha membanteras aktiviti Parti Komunis Malaya, khususnya di Taiping, Perak.

Siri pendek ini berlatarbelakangkan kekacauan dan keganasan, juga kisah cinta beliau dan isterinya yang mengambil risiko menentang keganasan untuk negara dengan cara yang berbeza.

Yuen ketika ditemui pada majlis pelancaran dokumentari tersebut di sini berkata, beliau mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi kerana percaya negara ini mempunyai masa depan yang cerah.

"Orang mungkin tanya saya kenapa saya bermati-matian menentang komunis. Saya beritahu mereka saya menganggap negara ini sebagai keluarga saya. Saya akan mempertahankannya sehingga titisan darah terakhir," katanya.

Antara artis yang terlibat melakonkan kisah itu ialah Koo Chee Sing, Wong Chee Hong, Yap Leong Chai, dan Kenji.

Sementara itu Astro Prima turut menerbitkan dokumentari diberi nama Suatu Ketika… Yuen Yuet Leng bagi menyorot kerjaya tokoh itu yang turut berpengalaman berkhidmat Angkatan Tentera di British, Amerika, New Zealand, dan Malaya pada zaman darurat.

Dokumentari tersebut akan ke udara di Astro Prima pada 15 Mei pukul 5 petang.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan