Justin Bieber Rasmi Patung Lilinya

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Justin Bieber dengan patung lilinnya
Justin Bieber dengan patung lilinnya

PEMINAT penyanyi popular Justin Bieber kecewa apablia patung lilin yang menyerupai penyanyi remaja itu tidak sama dengan wajah asal Bieber.

Patung tersebut telah dirasmikan oleh Bieber di Muzium Madame Tussauds pada Selasa lalu.

Biarpun tidak seiras, namun Bieber suka dengan hasilnya malah terlalu asyik bergambar dengan patung tersebut bersama ibunya Pattie.

"Walaupun saya lebih tinggi daripada patung ini tapi saya faham ia dibuat beberapa tahun lalu. Bagus sekali dan saya sangat berterima kasih," katanya.

Bieber turut berbisik kepada ibunya untuk membawa pulang patung tersebut.

Penyanyi idola remaja ini turut terlibat dalam pembikinan patung tersebut tahun lalu.

Ia akan dipamerkan di tiga muzium iaitu Museum Madame Tussauds di New York, London, dan Amsterdam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan