Hampir 100 Artis Sertai Konsert Terima Kasih Harian Metro

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti Nurhaliza antara artis yang menyertai Konsert Terima Kasih Metro.
Siti Nurhaliza antara artis yang menyertai Konsert Terima Kasih Metro.

KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun ke-20, akhbar Harian Metro buat julung kalinya menganjurkan Konsert Terima Kasih Harian Metro pada 26 dan 27 Mac ini.

Acara tersebut turut membabitkan karnival besar-besaran dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar berkata pelbagai acara menarik dijanjikan sepanjang dua hari tersebut dengan penyertaan hampir 100 artis tempatan bagi menghiburkan pengunjung.

“Acara hari Sabtu dimulakan dengan sukaneka termasuk tiga daripadanya selebriti popular tanah air. Sukaneka ini menawarkan hadiah lumayan sumbangan syarikat produksi perfileman terkenal tanah air.

“Ia diikuti pertunjukan fesyen oleh pereka fesyen popular tanah air dengan menampilkan rekaan bertemakan ‘Street Fashion’ yang turut dijayakan selebriti remaja.

“Manakala kemuncak sambutan pada malam Sabtu adalah Konsert Terima Kasih Harian Metro yang dijayakan oleh 13 artis popular tanah air iaitu Ella, Datuk Siti Nurhaliza, Shahir, Alyah, Stacy dan Ramli Sarip,” katanya pada sidang media konsert itu di sini, Rabu.

Konsert tersebut juga bakal dikendalikan oleh pengacara terkenal Johan dan Zizan Raja Lawak.

Selain itu, lebih menarik gabungan penyertaan lima stesen radio tempatan iaitu Hot FM, Era FM, Sinar FM, Suria FM dan KLFM dijangka akan menarik pendengar untuk menyertai persembahan poco-poco yang bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records yang diketuai pelakon Vanidah Imran.

Selain itu, pengunjung bertuah sepanjang acara itu turut berpeluang membawa pulang hadiah lumayan dan menarik daripada pelbagai yang dianjurkan termasuk cabutan bertuah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan