Bekas Isteri Usher Keliru Video Seks Tersebar - Berita Hiburan | mStar

Bekas Isteri Usher Keliru Video Seks Tersebar

Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Penyanyi popular Usher digemparkan dengan penyebaran video seks bersama bekas isterinya, Tameka Foster.

Orang yang mengaku mempunyai video tersebut mengugut untuk menjualnya kepada mereka yang berminat.

Tameka yang menulis pada laman sosial Twitternya meluahkan rasa kecewa dan hairan mengapa ia berlaku.

"Berita baru, saya sudah lama berpisah dengan suami kenapa berita ini muncul kembali? Saya keliru," tulisnya seperti dipetik portal Contact Music.

Tameka yang bercerai dengan penyanyi Hip Hop tersebut pada pertengahan 2009 meyifatkan orang yang menyebarkan gambar tersebut hanya mahukan publisiti.

Dia juga tidak terlalu serius memikirkan hal berkenaan.

"Saya tidak tertekan dengan berita itu, namun saya tidak boleh merubah berita sebegitu. Itu mungkin untuk menarik publisiti semata-mata," ujarnya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan