Will Smith Tolak Penerbangan Kelas Ekonomi

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Will Smith bersama isteri dan dua anaknya.
Will Smith bersama isteri dan dua anaknya.

MUNGKIN sudah terbiasa dengan kemudahan kelas satu, para selebriti pasti enggan berada dalam keadaan sedikit sempit di kelas ekonomi tiap kali menaiki kapal terbang.

Begitu juga dengan pelakon Will Smith, dia tidak mahu duduk di kelas ekonomi ketika perlu terbang dari Dublin ke Manchester, England.

Bintang Men In Black itu dijadualkan terbang dari Dublin menuju ke Manchester dengan menaiki pesawat Air Lingus.

Bagaimanapun tempat duduk kelas satu pesawat tersebut sudah penuh dan hanya tempat duduk kelas ekonomi sahaja yang masih ada kosong.

Disebabkan tiada tempat duduk kelas satu, Smith bersama isteri dan anak-anaknya menyewa sebuah jet peribadi yang berharga RM50,000.

"Keputusan Smith membuatkan beberapa orang di sekelilingnya hairan. Manakan tidak, perjalanan yang hanya mengambil masa tidak sampai 50 minit pun perlu menyewa sebuah jet peribadi.

"Smith pula pada ketika itu bercakap dengan nada yang sedikit angkuh. Bukankan kelas ekonomi juga mempunyai ruang yang selesa?" kata sumber kepada laman portal people.com.

Smith membawa keluarganya ke Manchester demi memenuhi permintaan anak perempuannya, Willow Smith yang menjadi penyanyi jemputan pada konsert Justin Bieber di sana.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan