Roslan Shah Kendalikan Program Bual Bicara Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roslan Shah
Roslan Shah

KUALA LUMPUR: Selepas lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang pengacaraan, Roslan Shah akhirnya bakal mengendalikan sebuah program bual bicara sendiri iaitu Chewahhh Roslan Shah.

Roslan berkata, dia bersyukur kerana tidak menyangka ditawarkan oleh syarikat promosi.my untuk mengendalikan sebuah program yang menggunakan namanya sendiri dan peluang tersebut diharap dapat memudahkannya melangkah lebih besar dalam mengendalikan sesebuah program televisyen.

"Selama ini saya sering menjadi pengacara pada acara-acara besar dan menerima pelbagai plublisiti menerusi media cetak mahupun elektronik, tetapi tidak pula berpeluang mengacara di TV.

"Nak diikutkan saya sendiri tidak pernah menyimpan impian untuk memiliki sebuah program sendiri.

"Bagi saya ini adalah rezeki besar yang diterima hasil daripada kesabaran dan ketabahan saya sepanjang bergelar seorang pengacara, pelakon dan penyanyi," katanya pada majlis pelancaran iklan promosi.my, Selasa.

Tambah Roslan program yang bakal disiarkan di sebuah stesen televisyen swasta itu merupakan sebuah program yang memerlukan Roslan membuat penggambaran di luar lokasi.

Disiarkan sebanyak 13 episod, Chewahhh Roslan Shah turut menampilkan dua tetamu selebriti serta enam orang awam bagi setiap episod dimana ia lebih memperkatakan tentang aktiviti kemasyarakatan.

Bagaimanapun, Roslan enggan menjelaskan secara terperinci mengenai program tersebut kerana ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

"Program ini belum dilancarkan secara sepenuhnya dan ini merupakan satu percubaan buat saya.

"Memandangkan inilah kali pertama saya mengendalikan sebuah rancangan, saya perlu membuat persediaan rapi dengan melihat semula program-program bual bicara lain dan lihat cara pengacara itu menawan penonton-penonton di rumah," tuturnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan