Hans Isaac Gerun 'Diburu' Wanita Fanatik

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hans Isaac
Hans Isaac

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit kacak, Hans Isaac, 39, membuat pengakuan mengenai kebimbangannya apabila diganggu menerusi telefon bimbit oleh seorang peminat wanita fanatik.

Jelas pengarah teater muzikal LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) itu, wanita tersebut akan menghubungi atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak kira waktu dan tempat.

"Sejujurnya, saya takut dan gerun dengan gangguan seperti ini. Saya pun tidak pasti sejak bila gangguan ini bermula tapi sudah lebih setahun rasanya saya menerima gangguan daripada orang yang sama.

"Bukan setakat cuba menghubungi atau menghantar SMS sahaja. Lebih teruk lagi, dia juga pernah menghantar gambar-gambar yang tidak elok untuk 'memancing' saya," akuinya dalam satu pertemuan bersama mStar Online.

Walaupun pengarah filem Cuci itu tidak menganggap gangguan tersebut sebagai satu ancaman serius, Hans mengakui tetap berasa rimas dan letih dengan perkara tersebut.

"Saya pun tidak faham mengapa dia tidak pernah putus asa untuk mengganggu saya. Sedangkan saya tidak pernah sekalipun membuka ruang untuk membalas panggilan atau SMS yang dihantar," katanya.

Untuk membuktikan kebenaran dakwaan itu, Hans sempat menunjukkan beberapa SMS berbaur gangguan yang dihantar oleh peminat tersebut apabila panggilannya tidak dijawab.

"Dia akan hubungi saya menggunakan pelbagai nombor tetapi saya dapat kenal pasti itu adalah nombor wanita itu.

"Pernah berlaku, pada satu hari ketika saya berada di lokasi bersama Vanidah Imran (Vee), wanita itu menghubungi saya.

"Saya minta Vee jawab panggilan itu dengan berpura-pura menjadi kekasih saya. Apabila mendengar suara Vee, wanita itu terus marah dan hantar SMS yang bukan-bukan," katanya.

Jelas pemilik syarikat produksi Tall Order Productions itu lagi, sebagai figura awam, dia sama sekali tidak berani untuk membalas atau melayan panggilan dan SMS peminat berkenaan.

"Sekarang ini, macam-macam hal boleh berlaku. Kalau kita tidak buat sesuatu perkara itu pun, orang boleh ada-adakan cerita.

"Apatah lagi bagi figura awam seperti saya. Sudah tentu saya tidak berani mengambil risiko dengan melayan perkara seperti ini.

"Sebab itu, pembantu peribadi akan sentiasa menemani walau ke mana sahaja saya pergi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini," katanya sambil berharap peminat itu dapat menghormati privasinya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan