Foto Kate Middleton Berbikini Jadi Perhatian

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Putera William dan Kate Middleton bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Putera William dan Kate Middleton bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

JIKA sebelum ini wajah kekasih Putera William, Kate Middleton sering dipaparkan oleh media dengan gaya yang sopan, kini foto Kate berbikini pula disiarkan dan ia turut mendapat perhatian di laman-laman Internet.

Pada foto tersebut menampakkan Kate yang bertubuh seksi memakai bikini berwarna putih sambil berjemur di ruang hadapan bot persendirian William.

Seperti yang dimaklumkan oleh laman Aceshowbiz, foto-foto seksi Kate diambil oleh seorang jurukamera amatur di Ibiza, Sepanyol.

Pasangan tersebut tampak mesra dan saling bergurau senda pada ketika itu.

Dalam pada itu, dikhabarkan, William dan Kate bakal mengadakan sebuah parti bujang tertutup di pantai selatan England sebelum hari perkahwinan mereka.

Adik William, Harry, turut menyertai parti tersebut dengan kehadiran seramai 20 orang teman rapat William.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan