Kris Dayanti, Raul Beraksi Mesra Di Khalayak

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kris Dayanti
Kris Dayanti

TINGGAL beberapa hari lagi pernikahan diva pop Indonesia, Kris Dayanti dan jutawan Timur Leste, Raul Lemos bakal berlangsung, pasangan tersebut dilihat semakin berani mempamerkan aksi mesra di depan khalayak.

Malah Raul juga kini sentiasa menemani Kris di kebanyakan persembahan pentas serta aktiviti seni lain. Terbaru, Raul begitu setia menemani Kris yang menjadi model klip video temannya, Ilis Dahlia, yang berjudul Nurlela.

"Memang mereka tampak begitu bahagia walaupun pelbagai berita negatif tentang Raul dihebohkan baru-baru ini.

"Ternyata mereka tidak mengendahkan gosip-gosip kosong tersebut, malah mereka kelihatan seperti belangkas yang mabuk cinta. Lihatlah, mereka sudah berani menunjukkan aksi-aksi mesra di depan umum," kata sumber kepada laman portal Detikhot.

Pada penggambaran klip video Ilis, Kris tampak jelita dengan gaun berwarna hijau. Kakaknya, Yuni turut menjayakan klip video tersebut yang diadakan di Studio Sparc, Jalan Raya Bogor, Jakarta Timur, Isnin.

Kris dan Raul bakal bernikah pada 20 Mac depan di Masjid Sahid Nurul Iman Jakarta . Majlis resepsi pula akan diadakan pada 25 Mac 2011 di Ballroom Hotel Mulia Senayan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan