Nazmi Gagal Mara ke Final Raja Lawak 5

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nazmi gagal ke Final Raja Lawak 5
Nazmi gagal ke Final Raja Lawak 5

KUALA LUMPUR: Peserta Raja Lawak 5 (RJ 5), Mohd Nazmi Md Isa, 23, gagal meneruskan perjalanan ke peringkat akhir program realiti itu yang bakal berlangsung pada minggu hadapan di Shah Alam Convention Centre pada 18 Mac ini.

Nazmi diumumkan tersingkir kerana mendapat undian terendah iaitu 14 peratus berbanding tiga peserta lain iaitu Balas (35.5), Man (31,8)dan R2 (18.7).

Menurut salah seorang juri tetap RJ 5, Afdlin Shauki,persembahan Nazmi pada malam ini kurang memberangsangkan berbanding tiga peserta lain. Namun begitu Nazmi mempunyai bakat dan idea lawak tersendiri yang mampu membawanya untuk pergi jauh dalam bidang ini.

"Nazmi seorang pelawak yang saya nampak mempunyai potensi pergi jauh. Dia berada dikalangan peserta yang terbaik dalam Raja Lawak musim ini.

"Tapi sejak dua minggu ini pengisian yang dibawanya kurang. Tapi saya faham bukan mudah untuk membuat lawak setiap minggu,

kami yang profesional pun boleh kekurangan idea jika disuruh setiap minggu," katanya ketika ditemui selepas program secara langsung Raja Lawak 5, Jumaat.

Sementara itu, Nazmi yang ditemui memberitahu sudah menjangkakan penyingkirannya pada malam tersebut.

"Saya sudah terasa akan tersingkir pada malam ini. Saya sedar persembahan yang saya berikan beberapa minggu ini kurang memberangsangkangkan.

"Namun saya bersyukur kerana mampu sampai sehingga setakat ini yang mana sebelum ini saya tidak pernah menjangkakannya," katanya.

Nazmi juga memasang hasrat untuk terus mengasah bakatnya dalam industri seni selain mengusahakan restoran milik saudaranya di Sungai Besar, Kuala Selangor.

Dalam pada itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata mereka sudah mempunyai perancangan untuk Nazmi mengembangkan kerjayanya dalam industri ini.

"Kami sedang cuba menyelitka dia dalam mana-mana telemovie Astro Prima yang sedang menjalani pengambaran. Saya akan beri watak yang sesuai dengan karekter dia dalam mana-mana program kami.

"Sebenarnya semua peserta yang tersingkir pun kami sudah merancangkan satu peluang untuk mereka berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

" Apa yang pasti tiga peserta yang akan ke peringkat final ini secara tidak langsung akan dimasukan ke dalam program terbaru kami, Maharaja Lawak, April ini ,"ujarnya.

Selain itu, mengulas tentang final RJ5, Nizam menjanjikan banyak kejutan dan kelainan selain mengekalkan konsep Muzikal Komedi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan