Justin Timberlake & Jessica Beil Putus Cinta

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Justin Timberlake
Justin Timberlake

PASANGAN selebriti Justin Timberlake dan Jessica Beil dikhabarkan mengakui hubungan cinta mereka telah pun berakhir.

Khabar angin mula tersebar apabila kedua-dua mereka sering muncul bersendirian di majlis-majlis hiburan.

"Spekulasi yang mengatakan mereka sudah berpisah sememangnya benar, mereka telah memutuskan untuk berpisah.

"Namun begitu kedua-duanya masih berhubung sebagai kawan baik dan menghormati antara satu sama lain," jelas sumber rapat pasangan itu.

Mereka telah menjalinkan hubungan cinta sejak empat tahun lalu dan mengakui spekulasi tentang perpisahan mereka yang tersebar baru-baru ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan