Tuduhan Tak Betul, Rina Khan Tegur Azizah Mahzan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azizah Mahzan tidak perlu salahkan skrip Spa Qistina jika ingin berhenti berlakon.
Azizah Mahzan tidak perlu salahkan skrip Spa Qistina jika ingin berhenti berlakon.

PETALING JAYA: Pelakon Rina Khan mempersoalkan tindakan Azizah Mahzan yang ingin bersara daripada dunia lakonan dengan menyalahkan dia sebagai punca gagal menghasilkan skrip Spa Qistina musim kedua dengan baik.

Rina berpendapat pelakon itu boleh berhenti dari bidang lakonan dengan berhemah tetapi tidak sepatutnya meletakkan kesilapan pada bahu orang lain.

“Saya terkejut apabila dia memberi alasan bahawa skrip saya sebagai punca dia terpaksa berhenti berlakon.

“Jika dia mahu berhenti berlakon silakan... tiada siapa yang halang tapi jangan cuba kaitkan saya atau skrip Spa Qistina sebagai alasannya,” katanya kepada mStar Online.

Rina diminta mengulas kenyataan Azizah baru-baru ini yang membuat keputusan untuk berhenti berlakon berikutan mendapat skrip tidak berkualiti yang ditulis dalam drama tersebut.

Azizah turut menganggap skrip karya Rina itu telah menampakkannya sebagai seorang yang tidak profesional dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang pelakon.

Rina berkata, proses membuat skrip itu telah dipersetujui dalam satu perbincangan melibatkan dirinya, pihak Astro serta penerbit drama berkenaan Global Station.

Ujarnya, selepas keputusan dicapai mereka telah serahkan skrip tersebut kepada pelakon untuk sesi latihan dan menghayati watak.

Malangnya ketika memberikan skrip berkenaan kepada Azizah, dia tidak membantah sebaliknya bersetuju untuk meneruskan lakonan dalam drama itu yang disiarkan pertengahan tahun lalu.

“Saya bukan buat skrip ikut suka hati sendiri, ia dibuat berdasarkan perbincangan bersama beberapa pihak iaitu penerbit dan stesen televisyen berkenaan.

“Tak mungkin kita jual skrip yang tidak berkualiti dan bodoh seperti yang dikatakan pelakon itu.

“Kalau dia rasa skrip itu menyebabkan dia nampak bodoh, kenapa dia tidak tolak awal-awal ketika mula-mula dapat skrip itu sewaktu proses skrip reading dijalankan?” soalnya.

Kata Rina, watak Azizah dalam drama tersebut telah dikecilkan berbanding ketika TV3 menyiarkan drama bersiri itu bagi musim pertama.

Rombakan watak dibuat kerana pihak Astro yang membeli rancangan itu bagi musim seterusnya mahu membezakan watak agar tiada persamaan apabila rancangan itu disiarkan di stesen televisyen mereka.

“Mungkin dia marah kerana watak dia sudah tidak penting seperti drama itu yang diberi tajuk Spa Q pada musim sebelumnya. Ini kerana Astro mahu watak wanita muda lebih diketengahkan berbanding watak wanita berumur,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai penulis skrip, Rina menganggap Azizah tidak memberikan lakonan yang baik dan membuatkan watak yang dibawanya ke sisi yang berbeza.

“Saya menggambarkan watak Azizah ialah seorang wanita bekerja yang boleh dibanggakan dan dihormati tetapi apa yang dibawanya menjadikan penonton meluat dengan watak tersebut.

“Skrip saya tulis itu telah dizahirkan dalam keadaan yang berbeza sehingga tidak menyampaikan maksud sebenar watak itu,” katanya.

Dalam pada itu, Rina juga mengakui terpaksa menolak tawaran Global Station untuk meneruskan musim terbaru drama tersebut.

“Mereka memang ada merancang untuk sambung musim baru drama itu tetapi saya tidak mahu campur. Jika mereka ingin teruskan silakan tetapi jangan ambil saya sebagai penulisnya.

“Selain itu saya juga ada ingatkan kepada penerbit yang ambil skrip saya agar jangan berikan watak dalam skrip itu kepada Azizah kerana tidak mahu dia nampak bodoh lagi,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan