Sheila Majid Idam Konsert Sempena Angka 25

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sheila Majid
Sheila Majid

PETALING JAYA: Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid menunggu sehingga Jun ini bagi menentukan sama ada hasrat untuk mengadakan konsert terbesarnya sempena 25 tahun sebagai anak seni terlaksana atau tidak.

Menurut Sheila, biarpun dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal, namun masalah utama yang dihadapi adalah masih tiada penaja yang berani tampil untuk menaja konsert tersebut.

“Saya hanya menunggu sehingga bulan Jun ini. Jika ada maklum balas positif ia akan diteruskan namun jika tiada perkembangan, impian tersebut terpaksa dilupakan.

“Sememangnya saya sangat berharap untuk konsert ini sempena angka 25 tahun saya sebagai anak seni tapi jika selepas tahun ini ia mungkin sudah tidak sesuai sebab angka 26,” katanya ketika ditemui pada sidang media Mini Konsert Khas Sempena Minggu Setiausaha, di Sime Darby Convention Centre, dekat sini, Khamis.

Ketika ditanya tentang kesukaran mendapat tajaan di negara sendiri berbanding negara jiran, Sheila yang baru sahaja mengadakan konsertnya di Jakarta Indonesia bulan lalu menganggap perkara tersebut sebagai rezeki.

“Perkara ini memang sesuatu yang agak sukar untuk dikatakan, saya sudah buat kertas kerja dan segala apa yang perlu sejak tahun 2009 lagi.

“Boleh dikatakan saya sudah menjalankan bahagian saya dan selebihnya tentang penaja ia bukan di bawah kuasa saya,” katanya kesal.

Bagaimanapun, kata Shiela, jika konsert tersebut dibatalkan sekalipun, dia sudah berpuas hati kerana telah membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Shiela bakal bergabung buat julung kalinya dengan penghibur sensasi dari Indonesia, Glen Fredly sempena Minggu Setiausaha pada 7 April ini.

Mini konsert eksklusif ‘Live bersama Sheila Majid & Glenn Fredly’ ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby dengan tiket berharga RM 550 seorang.

Sebarang pertanyaan atau tempahan tiket boleh dibuat di www.fatdeal.com.my.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan